20 Ogos, 2007

Saya sibuk dan tak ada masa...

Memang ramai orang suka berkata begitu dan kadang-kadang mereka sendiri pun tidak faham apa yang mereka kata sebab "saya sibuk dan tak ada masa" sudah menjadi satu klausa kepada mereka yang suka memberi alasan di dalam sesuatu hal atau urusan.
Sebenarnya... apa sangat yang kita sibuk ?
Ada tak orang yang terlupa nak makan kerana sibuk ? Ada tak orang yang tidak pernah tidur kerana sibuk ? Yang hairannya benda-benda tu tak sibuk pula.... ada kawan saya yang selalu kata sibuk, tapi yang saya tahu dia tak pernah ketinggalan menonton rancangan Gusti di TV3. Jadi di sini sebenarnya bukanlah soal sibuk tetapi tidak mahu.
Begitu juga ada yang mengatakan tak ada masa. Pelik juga... selama ini masanya pergi ke mana ? Nak berapa jam ? Bukankah manusia yang cipta jam itu, jika anda benar-benar tak cukup masa maka ciptalah jam baru yang terdiri dari 40 jam sehari !
Sebenarnya masa adalah infiniti.. esok masa, lusa masa, tulat masa dan seterusnya....
Kita boleh mengatakan kita tidak ada masa seandainya kita tahu bahawa pukul 4.00 petang besok kita akan mati, maka betullah tak cukup masa. Tapi kalau tak tahu bila akan mati maka mulai hari ini kita berhentilah bercakap bahawa kita tidak ada masa.

Tiada ulasan: