30 September, 2007

Untuk berjaya di CNI, adakah perlu dilakukan secara Full Time ?

Ramai juga di kalangan usahawan yang keliru dan merasakan hanya boleh berjaya sekiranya dilakukan secara sepenuh masa. Sebenarnya... tidak semestinya !!
Di kalangan mereka yang dah mencapai Intan Jutawan di CNI, rata-ratanya mereka semua melakukannya secara sambilan dan cuba-cuba saja di peringkat permulaan. Seperti saya, kerjaya asal saya adalah seorang guru, tetapi dengan pengetahuan tentang kerjaya baru ini ditambah setiap hari... tambahan pula dengan kata-kata motivasi dari orang-orang yang berjaya... semangat makin bertambah dan akhirnya walaupun melakukan secara sambilan tetapi disiplin yang kita lakukan adalah seperti sepenuh masa. Yang penting kita tahu menyusun jadual harian kita iaitu tugasan kerja, tugasan rumahtangga dan cubalah selitkan waktu untuk CNI sebaik mungkin. Akhirnya dengan kesungguhan hati, walaupun masa yang diperuntukkan itu kecil tetapi hasilnya pasti tetap besar. Begitu juga... ada orang memperuntukkan masa yang banyak tetapi buat kerja main-main, akhirnya tidak ada apa-apa hasil positif walaupun sudah 20 tahun berkerja.
Setelah anda betul-betul yakin dengan kerjaya ini dan terasa ingin meraih kejayaan yang lebih besar, bawa berbincanglah dengan pemimpin anda atau mana-mana orang yang berjaya... Insya Allah anda akan menemui petunjuk dan jalan yang lebih baik.
Kata orang bijak pandai... "Sebelum membakar jambatan yang sering dilalui, pastikanlah anda tahu berenang terlebih dahulu".

Suami saya tidak sokong...

Sila klik untuk baca !
Memang ada juga kes-kes sebegini yang sering juga mengganggu atau menghalang seseorang usahawan daripada terus untuk mencuba.

Dalam kes ini, sokongan tak semestinya suami anda ikut pergi meeting dan buat CNI ni dengan anda... sekiranya dia tidak menghalang anda dari melakukannya pun sudah kira cukup baik. Sebab kalau kita pergi kerja makan gaji pun, mana ada suami yang tolong pergi buat kerja kita kat pejabat.

Sebenarnya, mengikut logik akal normal... tidak ada suami yang tidak suka isterinya membantu dalam mengukuhkan dan mempertingkatkan ekonomi sesebuah rumahtangga. Tambahan pula dengan kehidupan yang selalu mencabar dengan kenaikan harga barang dan juga petrol. Pastilah suami akan sokong demi keluarga bahagia.

Cuma, mungkin anda sebagai isteri tidak menerangkan perkara sebenar tentang perniagaan MLM CNI ini... ataupun mungkin suami anda tidak faham dengan tujuan anda berniaga MLM. Perkara yang seharusnya anda lakukan ialah mencuba sedaya-upaya untuk memberi kefahaman kepada suami anda dan tujuan anda melakukan semua ini demi untuk membantunya dan menambahkan pendapatan keluarga kerana ianya tidak terikat dan dapat dilakukan di masa lapang.

Kalau suami anda masih tidak sokong, fikirkanlah tentang keikhlasan anda dan juga sejauh manakah kejujuran dan keikhlasan pasangan anda dalam membina sebuah keluarga bahagia. Tidak ada yang kita cari di dunia ini selain dari sebuah kebahagiaan yang hakiki dan abadi.

24 September, 2007

Macamana Nak Buka Stokis...

Baru masuk dah nak buka stokis ?
Memang anda Luar Biasa !!
Jika kita tinjau tentang pembukaan stokis dalam skop MLM, ianya pastilah bertujuan untuk memberi perkhidmatan yang lebih cepat dan efisien kepada rangkaian pengedar bawahan kita di sesuatu kawasan. Andainya barangan @ produk dapat dijalankan dengan cepat dan lancar, maka ianya akan mempercepatkan perkembangan kumpulan kita dan membantu untuk memacu puncak kejayaan dengan lebih pantas.
Sekiranya di sesuatu kawasan itu sudah mempunyai stokis, maka anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk membuka yang baru.
Seandainya objektif anda ialah untuk berniaga mendapat keuntungan stokis, maka adalah kurang bijak untuk anda buka stokis sebab kebanyakan stokis dikunjungi oleh ahli-ahli CNI saja, maka pasaran anda pastinya terbatas. Jika mahu untung, buka kedai runcit lagi bagus kerana ianya akan dikunjungi oleh seluruh penduduk di sesuatu kawasan.
Sekiranya mahu buka stokis juga, nasihat saya ialah kembangkan kumpulan anda di sesuatu kawasan terlebih dahulu, bila dah berkembang maka memohonlah dengan pihak CNI.

15 September, 2007

Lambat sangat untuk jadi Jutawan...

Di CNI, kita tidak pernah pun mengatakan bahawa orang yang menyertainya akan jadi jutawan dengan cepat (Jutawan Segera), kerana CNI bukannya skim cepat kaya...
Tetapi jika anda mengusahakannya dengan tekun dan penuh kesabaran, InsyaAllah dalam masa 5 - 7 tahun seseorang itu mampu mencapai taraf Jutawan. CNI ni adalah merupakan tempat kita mengusahakan perniagaan atau kita membina kerjaya... Sama dengan orang pergi kerja setiap hari, cuma yang kita pergi kerja makan gaji setiap hari tu, majikan kita tak pernah pun menjanjikan faedah-faedah seperti di CNI... bahkan tak boleh jadi Jutawan pun tetapi masih ramai yang sanggup pergi pagi balik petang sampai umur mencecah 55 tahun bahkan ada yang nak sambung kerja secara kontrak lagi. Sepatutnya kita lagi sanggup untuk berusaha di CNI berbanding kerja makan gaji.
Sebenarnya kalau 5 tahun boleh jadi jutawan, itu dah kira cukup cepat... sebab itulah CNI mampu melahirkan lebih 50 orang bertaraf Jutawan.. dan mungkin bertambah sekitar 2-5 orang setiap tahun.

08 September, 2007

Rasanya saya dah cukup,,, tak perlu buat CNI lagi !

Bagi mereka yang sudah lama berkerja terutamanya pasangan mereka turut berkerja, inilah kata-kata yang popular keluar dari mulut mereka. Kami dah cukup... saya dah cukup !
Adakah ini ucapan ikhlas di hati atau sekadar pemanis bibir menunjukkan kita sudah berjaya ? Atau tak kurang juga sebagai pelunak kata untuk mempertahankan kemalasan diri untuk melibatkan diri dalam mlm atau senang kata untuk mengelak dari terlibat. Ringkas cerita mereka merasakan ini bukan untuk mereka tetapi untuk kita yang memperkenalkan perniagaan ini kepada mereka. Pelik sungguh... kalau untuk kita, buat apa kita cerita kat dia !
Sebenarnya ramai yang merasakan begitu iaitu DAH CUKUP ! Itu yang mereka rasa... tapi hakikatnya adalah PASTI BELUM CUKUP sebenarnya. Buktinya.. jika orang yang mengatakan itu betul-betul dah cukup, cubalah mulai besok jangan pergi berkerja lagi... macamana ?
Sekiranya besok dan hari-hari seterusnya mereka tak perlu pergi kerja maka syabaslah... mereka betul-betul dah cukup ! Tetapi jika besok dan seterusnya masih kena pergi berkerja kerja kerja... itu sudah jelaslah bahawa mereka masih belum cukup.. dan saya yakin orang sebegini walaupun selepas pencen sekali pun dia tetap kena pergi kerja. Maka fikir-fikirkanlah sebelum berkata-kata...

01 September, 2007

Tidak ada masalah yang tak boleh diselesaikan...

Assalamualaikom...
Saya MDAM Roslan Abdullah, merupakan salah seorang usahawan CNI Malaysia yang berpengalaman selama 12 tahun memperjuangkan industri MLM tulen untuk jangkamasa panjang. Sebagai pemimpin di sini, saya bersedia untuk berkongsi pengalaman untuk menangani permasalahan berkaitan MLM terutama CNI. Ini adalah kerana... di dunia ini, tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan selagi ianya bernama MASALAH. Jangan samakan antara masalah dengan hukum alam seperti kematian, rintangan, bencana dan seumpamanya.
Semoga dengan perkongsian ini akan dapat membantu anda dan sesiapa sahaja yang ikhlas mahu terus memajukan diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama kita demi sebuah kehidupan yang lebih baik. Bak kata orang bijak pandai, "Duit bukanlah segala-galanya... tetapi yang PASTI segala-galanya memerlukan duit". Alangkah seronoknya jika segala masalah kita dapat diselesaikan... Ayuh mari kita bereskan !!

Dah buat CNI, tapi kenapa tak jadi Jutawan pun !!

Syabas.. !! Teruskan perjuangan anda.
Sangat ramai mereka yang menyertai CNI selalu merungut sebegini. Sebenarnya... anda harus ingat dan fikir baik-baik, masa depan kita dapat kita tentukan berdasarkan apa yang ditanam pada hari ini. Tetapi janganlah pula menanam cempedak dan mengharapkan buahnya nangka ! Untuk mencapai tahap jutawan di CNI sekurang-kurangnya anda perlu masa 5 tahun dan persiapkan mental anda untuk fokus ke arah itu. Kemudian belajar segala selok belok mlm sampai khatam dan buatlah sepenuh hati. Untuk naik jutawan di CNI anda hanya perlu masa 3 bulan aje sebenarnya tetapi masa 5 tahun yang saya maksudkan di sini adalah persiapan dan latihan untuk menjadi seorang jutawan. Seperti orang lari pecut 100 meter, masa mereka lari hanya tak sampai 10 saat pun tetapi masa yang lama dan panjang diperlukan untuk persediaan dan latihan-latihan yang berkaitan. Tambah pengetahuan berkaitan.
Seperti kata Henry Ford "Untuk kaya dan berjaya kita tidak perlu tahu semua perkara, cukuplah tahu perkara-perkara penting yang boleh menjadikan seseorang itu kaya dan berjaya maka apabila kita melaksanakannya dengan baik maka kita pun kaya dan berjaya".