01 Januari, 2009

Long Term MLM - CNI

CNI akan meraikan ulangtahunnya yang ke-20 pada tahun ini. Mengikut pengalaman saya yang sudah lebih 18 tahun berkecimpung dalam bidang ini dengan beberapa syarikat MLM, maka dapatlah dibuat kesimpulan bahawa CNI adalah merupakan suatu bisnes MLM untuk jangkamasa yang panjang yang mana ianya melibatkan beberapa fasa untuk membina masa depan kehidupan seseorang. Setiap fasa memerlukan sekurang-kurang untuk tempoh 5 tahun... kerana ini sudah dikira suatu piawaian di Malaysia yang mana dasar pembangunan negara memperuntukkan tempoh yang sama, begitu juga dengan sistem pilihanraya negara dan juga tempoh menyandang jawatan-jawatan wakil rakyat di dalam sistem politik negara.

Contohnya:
Fasa 1: Penerokaan dan pembinaan tapak asas.
-Peringkat ini adalah asas pembinaan rangkaian dan pembelajaran tentang selok belok bisnes MLM. Pada asas ini, mengikut pengalaman saya sendiri, saya juga sudah boleh mencapai tahap Intan Jutawan. Tapi sekiranya kita berjaya mencapai tabung kereta pertama pun itu sudah memadai.

Fasa 2: Pembinaan dan pengukuhan aset peribadi.
-Pada peringkat ini, anda sudah mempunyai suatu pendapatan yang mantap pada tahap 5 angka sebulan setiap bulan. Tempoh ini adalah amat sesuai untuk membuat pelaburan-pelaburan yang menguntungkan seperti membeli hartanah dan juga saham-saham terpilih yang menguntungkan.

Fasa 3: Menguruskan perniagaan dan harta.
-Pada fasa ini, anda hanya perlu mengekalkan pengurusan berhemah kumpulan MLM anda, disamping itu anda juga akan menguruskan perniagaan peribadi yang anda laburkan untuk masa depan keluarga anda. Selain dari itu, anda terus menyelenggarakan dan menguruskan segala hartanah anda untuk mendapatkan pulangan yang lagi baik.

Fasa 4: Bersara dan menikmati kehidupan yang sebenar...
-Dengan cara ini, anda sebenarnya benar-benar membina masa depan anda bersama MLM.

Bagi mereka yang bukan berniat untuk jangka panjang, maka CNI mungkin kurang sesuai untuk mereka kerana selalu mengharapkan pulangan yang banyak dalam masa yang singkat. Sebenarnya perniagaan yang berbentuk skim cepat kaya sahaja yang akan menjanjikan pulangan yang cepat... itupun banyak yang menipu orang ramai. Ini disebabkan masyarakat sendiri tidak boleh membezakan yang mana satu skim yang sebenar. Di Malaysia, banyak juga syarikat-syarikat MLM yang berdaftar menjalankan perniagaan mereka hanya untuk suatu tempoh yang singkat sahaja... mereka memberikan pulangan yang besar diperingkat awal untuk menarik perhatian masyarakat menyertai mereka dengan menjanjikan berbagai kemewahan dalam jangka pendek... selepas beberapa tahun sahaja maka pihak pengurusan akan menutup syarikat itu dan kemudian membuka syarikat baru dengan nama yang baru.. tetapi masih dengan produk dan pengurusan tertinggi yang sama. Kadang-kadang mereka juga mengambil pemimpin-pemimpin dari syarikat yang lama juga dengan menawarkan sedikit imbuhan dengan syarat menampilkan kereta mewah dahulu sebagai kereta yang dianugerahkan oleh syarikat baru ini.. seterusnya mengharapkan pemimpin-pemimpin ini akan membawa rangkaian mereka dahulu kepada syarikat yang baru ini. Pihak pengurusan syarikat sebegini juga sangat berminat terhadap pemimpin-pemimpin syarikat lain terutamanye pemimpin CNI yang begitu terlatih. Sebenarnya... sekiranya sesuatu syarikat MLM itu benar-benar ikhlas dan jujur untuk membantu masyarakat menjadi usahawan, mereka sepatutnya bersedia untuk melatih pengedar-pengedar baru yang tidak tahu apa-apa tentang bisnes dan MLM, tetapi sebaliknya berlaku iaitu mereka lebih suka mengambl peluang terhadap pemimpin dan pengedar-pengedar dari syarikat yang sudah establish seperti CNI. Cara mereka cukup mudah.. buat untuk jangka masa singkat sahaja dan kemudian tutup syarikat. Akhirnya... mereka yang serius untk berjaya dalam MLM akan menjadi mangsa... terutamanya golongan usahawan-usahawan melayu sendiri.