05 Disember, 2007

Kenapa Makanan Kesihatan ?

Kita harus mengetahui terlebih dahulu tentang kronologi pemakanan iaitu sejarah dan tujuan / matlamat mengambil makanan serta kesannya kepada kita selepas itu. Secara dasarnya, tujuan makan adalah untuk meneruskan kehidupan... tapi, akhirnya manusia mati disebabkan oleh penyakit yang berpunca dari makanan. Secara kronologinya, makanan kesihatan adalah merupakan makanan generasi ke-3.

1. Generasi 1=Makanan Primer (terus diambil seperti manusia purba - memburu dan makan / bakar). Daripada pengambilan ini, akhirnya manusia mati disebabkan kuman yang terdapat dalam makanan.

2. Generasi ke-2=Makanan Sekunder (makanan diproses dan diadun... ditambah perasa dan pewarna untuk lebih enak dan lazat). Daripada pengambilan ini, akhirnya manusia mati... bukan disebabkan kuman tetapi bahan-bahan tambahan tadi seperti MSG, gula, garam, minyak, lemak dan seumpamanya yang menyebabkan kanser, kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya.

3. Generasi ke-3=Makanan Tertier (makanan diekstrak daripada pati tumbuhan dan herba serta sumber-sumber semulajadi daripada lebah dan ikan). Daripada pengambilan ini... sudahlah pasti manusia betul-betul dapat mencapai objektif makan yang sebenar iaitu untuk meneruskan kehidupan. Dengan makanan kesihatan, bukan sahaja dapat memanjangkan usia tetapi menyihatkan si pengamalnya sendiri. Jika kita ada penyakit, ianya dapat membantu menyihatkan kita kembali. Jika kita sihat pun, kemungkinan besar kita terus sihat dan dapat dihindarkan daripada penyakit.

04 Disember, 2007

Kata-kata MUTIARA Bijak Pandai 2.

~Mengkritik apa yang ada di sekeliling kita adalah salah satu tindakan yang bodoh jika kita lakukan.
~Sekarang adalah masa terbaik untuk berbuat sesuatu. Jika anda menunggu masa terbaik untuk melakukannya, anda akan kecewa. Semua keputusan yang hebat dan bersejarah itu dibuat tanpa maklumat menyeluruh. Ini kerana sejarah dicipta tanpa menunggu inspirasi. Peringatan bahawa masa yang terbaik adalah SEKARANG...
~Kelulusan sarjana yang terpenting sekali ialah BKS @ B.Ks (Buat Kerja Sekarang) telah menjadikan seseorang biasa menjadi luar biasa lebih daripada segulung Ijazah. Sikap semulajadi MK (Menangguh Kerja) telah menyebabkan seseorang mendapat segala macam penyakit seperti bodoh, kekurangan peluang dan kekurangan wang.

Proses Menaiktaraf Diri & Keluarga.

Sebenarnya menyertai dan berusaha di CNI adalah merupakan suatu proses menaiktaraf diri dan keluarga ke arah yang lebih baik dan sejahtera. Di dalam proses menuju kejayaan ini, berbagai-bagai aktiviti berkaitan terpaksa kita buat seperti meeting, kursus SNP, AMS, GDS dan macam-macam lagi seperti dalam sistem BES (Business Education CNI). Maka banyak jugalah perkara yang kita rasa tidak selesa seperti hubungan dengan keluarga / pasangan, tambahan kos, pengorbanan masa dan tenaga serta macam-macam lagi.
Perkara ketidakselesaan ini sebenarnya adalah perkara biasa seperti mana orang menaiktaraf jalanraya juga... yang mana kita sentiasa jumpa KERJA-KERJA MENAIKTARAF SEDANG DIJALANKAN -
KESULITAN AMAT DIKESALI... DEMI KESENANGAN HARI ESOK !
Begitu juga dalam usaha CNI... jika anda boleh beritahu pada diri sendiri dan keluarga tentang perkara ini maka mereka akan lebih memahami proses yang sedang berlaku terhadap anda. Iaitu demi kesenangan hari esok.

30 Oktober, 2007

Kata-kata Mutiara Bijak Pandai..

~Hanya manusia satu-satunya ciptaan Tuhan yang boleh merubah nasibnya sendiri.

~Tuhan mencipta tetapi Dia memberi manusia kuasa untuk membentuk kehidupan dan kejayaan. Pelajaran psikologi yang berguna : Kita boleh merubah nasib dengan merubah cara pemikiran kita.

~Berjuta orang telah dapat merubah diri dari lemah menjadi cekal, penakut menjadi berani, malas kepada rajin, berdosa kepada berbakti, tidak berguna kepada srikandi dan dari MISKIN menjadi KAYA.

~Jangan selalu menunggu sehingga ada mood @ semangat untuk memulakan sesuatu perkara. Kita perlu menentukan mood kita sendiri. Bagaimana ? Dengan terus melakukannya walaupun apa jua. Ilham jarang mengerahkan tindakan tetapi tindakan sentiasa memberi ilham.

www.mycni2u.com 2007

11 Oktober, 2007

Saya Ibu Tunggal, susah nak buat CNI...


Sebenarnya, jika anda rasa susah... pastilah ianya betul-betul akan jadi susah ! Segalanya bergantung kepada cara pemikiran anda dan juga cara anda menguruskan diri dan keluarga. Walaupun anda dipandang serong oleh orang lain, anda harus sabar.. yang penting anda tahu jaga diri dan ikhlas di dalam perniagaan CNI. Biar orang pandang serong sekarang daripada orang pandang hina suatu hari disebabkan kita miskin dan merempat. Jika kita miskin sangat, macamana nak jaga anak-anak untuk pendidikan yang lebih baik. Jika anak-anak kita juga susah suatu hari nanti... bukan setakat orang pandang kita hina, bahkan anak kita sendiri pun belum tentu boleh jaga kita dengan baik.

Jadi, sabarlah sedikit dengan keadaan dan tabahkan hati dengan penuh kesabaran untuk memulakan perniagaan CNI demi merubah kepada masa hadapan yang lebih baik. Jangan jadikan urusan menjaga anak sebagai penghalangnya... Ingat.. jika kita miskin hina, anak itu pun belum tentu juga akan menjaga kita di saat tua nanti.

Tengok Pn. Zainab, walaupun sebagai Ibu Tunggal yang miskin, beliau tetap tabah dan memulakan perniagaan CNI walaupun hanya dengan basikal sahaja. Tetapi... hari ini beliau sudah seorang Jutawan dan didapati seluruh keluarga dan anak-anak menyayanginya. Memang betullah kata orang bahawa jika duit banyak, semua orang akan menyayangi kita... begitu jugalah sebaliknya.

10 Oktober, 2007

Orang Kaya Masuk Syurga Dahulu...

Sila klik untuk baca !

30 September, 2007

Untuk berjaya di CNI, adakah perlu dilakukan secara Full Time ?

Ramai juga di kalangan usahawan yang keliru dan merasakan hanya boleh berjaya sekiranya dilakukan secara sepenuh masa. Sebenarnya... tidak semestinya !!
Di kalangan mereka yang dah mencapai Intan Jutawan di CNI, rata-ratanya mereka semua melakukannya secara sambilan dan cuba-cuba saja di peringkat permulaan. Seperti saya, kerjaya asal saya adalah seorang guru, tetapi dengan pengetahuan tentang kerjaya baru ini ditambah setiap hari... tambahan pula dengan kata-kata motivasi dari orang-orang yang berjaya... semangat makin bertambah dan akhirnya walaupun melakukan secara sambilan tetapi disiplin yang kita lakukan adalah seperti sepenuh masa. Yang penting kita tahu menyusun jadual harian kita iaitu tugasan kerja, tugasan rumahtangga dan cubalah selitkan waktu untuk CNI sebaik mungkin. Akhirnya dengan kesungguhan hati, walaupun masa yang diperuntukkan itu kecil tetapi hasilnya pasti tetap besar. Begitu juga... ada orang memperuntukkan masa yang banyak tetapi buat kerja main-main, akhirnya tidak ada apa-apa hasil positif walaupun sudah 20 tahun berkerja.
Setelah anda betul-betul yakin dengan kerjaya ini dan terasa ingin meraih kejayaan yang lebih besar, bawa berbincanglah dengan pemimpin anda atau mana-mana orang yang berjaya... Insya Allah anda akan menemui petunjuk dan jalan yang lebih baik.
Kata orang bijak pandai... "Sebelum membakar jambatan yang sering dilalui, pastikanlah anda tahu berenang terlebih dahulu".

Suami saya tidak sokong...

Sila klik untuk baca !
Memang ada juga kes-kes sebegini yang sering juga mengganggu atau menghalang seseorang usahawan daripada terus untuk mencuba.

Dalam kes ini, sokongan tak semestinya suami anda ikut pergi meeting dan buat CNI ni dengan anda... sekiranya dia tidak menghalang anda dari melakukannya pun sudah kira cukup baik. Sebab kalau kita pergi kerja makan gaji pun, mana ada suami yang tolong pergi buat kerja kita kat pejabat.

Sebenarnya, mengikut logik akal normal... tidak ada suami yang tidak suka isterinya membantu dalam mengukuhkan dan mempertingkatkan ekonomi sesebuah rumahtangga. Tambahan pula dengan kehidupan yang selalu mencabar dengan kenaikan harga barang dan juga petrol. Pastilah suami akan sokong demi keluarga bahagia.

Cuma, mungkin anda sebagai isteri tidak menerangkan perkara sebenar tentang perniagaan MLM CNI ini... ataupun mungkin suami anda tidak faham dengan tujuan anda berniaga MLM. Perkara yang seharusnya anda lakukan ialah mencuba sedaya-upaya untuk memberi kefahaman kepada suami anda dan tujuan anda melakukan semua ini demi untuk membantunya dan menambahkan pendapatan keluarga kerana ianya tidak terikat dan dapat dilakukan di masa lapang.

Kalau suami anda masih tidak sokong, fikirkanlah tentang keikhlasan anda dan juga sejauh manakah kejujuran dan keikhlasan pasangan anda dalam membina sebuah keluarga bahagia. Tidak ada yang kita cari di dunia ini selain dari sebuah kebahagiaan yang hakiki dan abadi.

24 September, 2007

Macamana Nak Buka Stokis...

Baru masuk dah nak buka stokis ?
Memang anda Luar Biasa !!
Jika kita tinjau tentang pembukaan stokis dalam skop MLM, ianya pastilah bertujuan untuk memberi perkhidmatan yang lebih cepat dan efisien kepada rangkaian pengedar bawahan kita di sesuatu kawasan. Andainya barangan @ produk dapat dijalankan dengan cepat dan lancar, maka ianya akan mempercepatkan perkembangan kumpulan kita dan membantu untuk memacu puncak kejayaan dengan lebih pantas.
Sekiranya di sesuatu kawasan itu sudah mempunyai stokis, maka anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk membuka yang baru.
Seandainya objektif anda ialah untuk berniaga mendapat keuntungan stokis, maka adalah kurang bijak untuk anda buka stokis sebab kebanyakan stokis dikunjungi oleh ahli-ahli CNI saja, maka pasaran anda pastinya terbatas. Jika mahu untung, buka kedai runcit lagi bagus kerana ianya akan dikunjungi oleh seluruh penduduk di sesuatu kawasan.
Sekiranya mahu buka stokis juga, nasihat saya ialah kembangkan kumpulan anda di sesuatu kawasan terlebih dahulu, bila dah berkembang maka memohonlah dengan pihak CNI.

15 September, 2007

Lambat sangat untuk jadi Jutawan...

Di CNI, kita tidak pernah pun mengatakan bahawa orang yang menyertainya akan jadi jutawan dengan cepat (Jutawan Segera), kerana CNI bukannya skim cepat kaya...
Tetapi jika anda mengusahakannya dengan tekun dan penuh kesabaran, InsyaAllah dalam masa 5 - 7 tahun seseorang itu mampu mencapai taraf Jutawan. CNI ni adalah merupakan tempat kita mengusahakan perniagaan atau kita membina kerjaya... Sama dengan orang pergi kerja setiap hari, cuma yang kita pergi kerja makan gaji setiap hari tu, majikan kita tak pernah pun menjanjikan faedah-faedah seperti di CNI... bahkan tak boleh jadi Jutawan pun tetapi masih ramai yang sanggup pergi pagi balik petang sampai umur mencecah 55 tahun bahkan ada yang nak sambung kerja secara kontrak lagi. Sepatutnya kita lagi sanggup untuk berusaha di CNI berbanding kerja makan gaji.
Sebenarnya kalau 5 tahun boleh jadi jutawan, itu dah kira cukup cepat... sebab itulah CNI mampu melahirkan lebih 50 orang bertaraf Jutawan.. dan mungkin bertambah sekitar 2-5 orang setiap tahun.

08 September, 2007

Rasanya saya dah cukup,,, tak perlu buat CNI lagi !

Bagi mereka yang sudah lama berkerja terutamanya pasangan mereka turut berkerja, inilah kata-kata yang popular keluar dari mulut mereka. Kami dah cukup... saya dah cukup !
Adakah ini ucapan ikhlas di hati atau sekadar pemanis bibir menunjukkan kita sudah berjaya ? Atau tak kurang juga sebagai pelunak kata untuk mempertahankan kemalasan diri untuk melibatkan diri dalam mlm atau senang kata untuk mengelak dari terlibat. Ringkas cerita mereka merasakan ini bukan untuk mereka tetapi untuk kita yang memperkenalkan perniagaan ini kepada mereka. Pelik sungguh... kalau untuk kita, buat apa kita cerita kat dia !
Sebenarnya ramai yang merasakan begitu iaitu DAH CUKUP ! Itu yang mereka rasa... tapi hakikatnya adalah PASTI BELUM CUKUP sebenarnya. Buktinya.. jika orang yang mengatakan itu betul-betul dah cukup, cubalah mulai besok jangan pergi berkerja lagi... macamana ?
Sekiranya besok dan hari-hari seterusnya mereka tak perlu pergi kerja maka syabaslah... mereka betul-betul dah cukup ! Tetapi jika besok dan seterusnya masih kena pergi berkerja kerja kerja... itu sudah jelaslah bahawa mereka masih belum cukup.. dan saya yakin orang sebegini walaupun selepas pencen sekali pun dia tetap kena pergi kerja. Maka fikir-fikirkanlah sebelum berkata-kata...

01 September, 2007

Tidak ada masalah yang tak boleh diselesaikan...

Assalamualaikom...
Saya MDAM Roslan Abdullah, merupakan salah seorang usahawan CNI Malaysia yang berpengalaman selama 12 tahun memperjuangkan industri MLM tulen untuk jangkamasa panjang. Sebagai pemimpin di sini, saya bersedia untuk berkongsi pengalaman untuk menangani permasalahan berkaitan MLM terutama CNI. Ini adalah kerana... di dunia ini, tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan selagi ianya bernama MASALAH. Jangan samakan antara masalah dengan hukum alam seperti kematian, rintangan, bencana dan seumpamanya.
Semoga dengan perkongsian ini akan dapat membantu anda dan sesiapa sahaja yang ikhlas mahu terus memajukan diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama kita demi sebuah kehidupan yang lebih baik. Bak kata orang bijak pandai, "Duit bukanlah segala-galanya... tetapi yang PASTI segala-galanya memerlukan duit". Alangkah seronoknya jika segala masalah kita dapat diselesaikan... Ayuh mari kita bereskan !!

Dah buat CNI, tapi kenapa tak jadi Jutawan pun !!

Syabas.. !! Teruskan perjuangan anda.
Sangat ramai mereka yang menyertai CNI selalu merungut sebegini. Sebenarnya... anda harus ingat dan fikir baik-baik, masa depan kita dapat kita tentukan berdasarkan apa yang ditanam pada hari ini. Tetapi janganlah pula menanam cempedak dan mengharapkan buahnya nangka ! Untuk mencapai tahap jutawan di CNI sekurang-kurangnya anda perlu masa 5 tahun dan persiapkan mental anda untuk fokus ke arah itu. Kemudian belajar segala selok belok mlm sampai khatam dan buatlah sepenuh hati. Untuk naik jutawan di CNI anda hanya perlu masa 3 bulan aje sebenarnya tetapi masa 5 tahun yang saya maksudkan di sini adalah persiapan dan latihan untuk menjadi seorang jutawan. Seperti orang lari pecut 100 meter, masa mereka lari hanya tak sampai 10 saat pun tetapi masa yang lama dan panjang diperlukan untuk persediaan dan latihan-latihan yang berkaitan. Tambah pengetahuan berkaitan.
Seperti kata Henry Ford "Untuk kaya dan berjaya kita tidak perlu tahu semua perkara, cukuplah tahu perkara-perkara penting yang boleh menjadikan seseorang itu kaya dan berjaya maka apabila kita melaksanakannya dengan baik maka kita pun kaya dan berjaya".

20 Ogos, 2007

Saya dah tua...

Wak Ramlan sertai CNI diusia 57 tahun...
Apa masalah dengan ketuaan ?

Adakah orang tua tak perlu makan ?

Sebenarnya itu hanya usia yang menentukan berapa lama kita sudah hidup. Hakikatnya, sebagai orang tua, kita juga patut buat CNI... kena cari duit lagi sebab kita tak tahu bila kita akan mati. Walaupun semuda 20 tahun, tiba-tiba umur 22 dah mati, tak payah cari duit juga. Sebenarnya kita tak tahu bila kita akan mati... sekarang umur dah 50 tahun, jika kita mati pada usia 80 tahun maknanya kita kena cari duit lebih banyak lagi dari yang berusia 20 tahun tadi. Nak buat CNI bukannya kena pikul balak dan panjat bukit, jadi tidak ada kena mengena dengan usia kita. Begitu juga dengan kenalan kita. Untuk buat MLM ni sangat bagus untuk mereka yang mempunyai kenalan yang ramai. Maka bagi mereka yang sudah 50 tahun hidup, pastilah kenalannya akan lebih ramai daripada remaja yang berusia 20 tahun.

Begitu juga dengan tanggungjawab, sebagai seorang yang dah tua kita juga ada tanggungjawab terhadap anak cucu kita. Usaha CNI ni dapat diwarisi... maka jika kita yang berusia 50 tahun dapat buat sampai 3 suku jalan katalah kita meninggal, maka anak kita sebagai pewaris sambung sedikit saja lagi maka salah seorang anak kita sudah jadi JUTAWAN. Kan sangat bagus macam ni... Ini tidak, ramai dikalangan bangsa kita ni, bila nak mulai hidup semuanya kena mula dengan kosong. Sedangkan bangsa lain, mereka hanya mewawirisi perniagaaan bapa mereka sahaja tetapi bapa kita semuanya nak makan gaji... macammana nak diwarisi lagi. Nasihat saya, tuapun tak apa... asalkan anda boleh jadi orang tua yang terbaik dan paling betanggungjawab di dunia.

Barangan CNI ni mahallah...

Mahal ? Apa bukti anda untuk mendakwa sedemikian ?
Sebenarnya harga sesuatu barangan atau perkhidmatan itu tidak ada satupun yang mahal melainkan harganya adalah berdasarkan kepada kos pembuatan termasuklah harga barang mentah itu sendiri. Jika kita nak kata mahal, ianya perlu ada perbandingan atau relatifnya dengan barang yang sama di tempat lain.
Contoh hari ini kita kira harga kereta Kancil dengan Mercedes Benz. Jika kancil dengan harga RM30,000.00, tak ada arang cakap mahal begitu juga Mercedes Benz RM300,000.00 pun tak mahal. Tapi jika Kancil RM300,000.00 itu memang mahallah begitu juga dengan Mercedes Benz jika harga RM30,000.00 itu dikira sangat murah.
Apa pula pendapat anda ? Jika Kancil tu murah, dah berpa biji dah beli ? Sebenarnya masih ramai juga dikalangan kita masih tak mampu nak pakai kancil.
Nasihat saya, sebagai seorang peniaga kita tidak perlu fikir tentang harga barangan sebab di negara kita setiap kali harga minyak naik, pihak pengusaha stesyen minyak tak pernah bising pun melainkan pengguna-penggunanya. Jadi anda kata mahal sebenarnya anda masih berfikiran pengguna biasa. Tapi dengan Pengguna Bijak di CNI, tidak ada barang yang mahal lagi bagi kita. Ingat... di stesyen minyak kita tak ada ruang pun untuk jadi Pengguna Bijak walaupun di Petronas syarikat milik negara tapi harganya tetap sama dengan syarikat-syarikat luar negara.

Saya tak ada kawan dan tak pandai cakap...

Kesian ye... masih ada yang tak ada kawan !
Habis selama ini anda tinggal di mana ? Dalam hutan ke ? Tarzan dalam hutan pun masih ada kawan. Tetapi jika anda tidak tinggal dalam hutan, pastilah kawan-kawan anda cukup ramai. Ingatlah balik zaman persekolahan dulu... masa kahwin dulu tak ada yang datang ke ? Itu bukan kawan ke ?
Malah ada juga yang kata tak pandai cakap !
Suatu waktu dulu saya ada bela seekor burung tiong... memang luar biasa, saya mengajarnya dalam masa setahun saja dia dah pandai cakap. Inikan pula manusia... kalau betul-betul anda tak tau cakap, datanglah berjumpa saya dan akan saya ajarkan cara bercakap yang betul.
Semoga, mulai hari ini anda sedarlah betapa ramainya kawan anda dan juga tahu bahawa memang sudah sedia maklum anda memang pandai bercakap. Di CNI kita tak perlu sangat orang yang pandai bercakap... tapi untuk berjaya kita perlukan orang yang pandai berkerja dengan baik !!

Saya dah masuk tapi upline tak tolong ...

Tahniah kerana dah ditolong untuk masuk CNI.
Ramai juga dikalangan usahawan CNI suka merungut mengatakan upline mereka TAK TOLONG !
Sebenarnya pertolongan apakah yang mereka harapkan atau tolong macam manakah yang mereka harapkan ? Saya sering berjumpa dengan usahawan-usahawan CNI dan berbincang dengan mereka, akhirnya saya dapati masih ramai dikalangan usahawan-usahawan ini yang masih tidak faham dengan konsep MLM. Sebenarnya maksud tolong bagi mereka ialah... dengan menaja orang-orang bawahan sebanyak mungkin untuk mereka dan membeli barangan dengan menggunakan kod keahlian mereka (maksudnya bagi PV untuk kenaikan pangkat). Selain itu mereka juga mengaharapkan kita melakukan segala aktiviti berkaitan CNI untuk mereka sedang mereka boleh pergi berjalan-jalan dan menonton TV.
Sebenarnya sebab itulah tidak ramai orang yang berjaya di dalam dunia ni. Jika upline nak kena tolong buat segalanya, buat apa nak taja orang-orang macam ni. Jika seseorang usahawan CNI bersikap sebegini, sebenarnya perjalanannya untuk menuju kejayaan adalah terlalu jauh lagi. Sepatutnya kita cubalah melakukannya sendiri dengan berkerjasama dengan upline dan juga rangkaian kumpulan kita.. jika sesuatu urusan itu boleh kita melakukannya sendiri, kenapa harus meminta pertolongan orang lain ? Maksud minta tolong adalah setelah kita tidak boleh melakukannya secara bersendirian lagi maka haruslah kita meminta pertolongan orang lain. Semoga anda boleh bezakan antara pertolongan dan kerjasama.
Bagi saya, konsep tolong yang sebenar di dalam sesuatu perusahaan ialah seperti pepatah
"Mengajar anda untuk menangkap ikan, bukannya mencari ikan untuk anda".
Kerana jika mengajar cari ikan, anda boleh memakan ikan sampai bila-bila walaupun saya dah mati... tetapi jika saya mencari ikan untuk anda, bila saya mati maka andapun tidak boleh makan ikan lagi !

Saya tidak minat MLM.

Terima kasih kerana masih berminat untuk melawat blog ini..
Tidak kurang juga dikalangan manusia hari ini suka menyatakan bahawa mereka tidak minat dengan MLM. Jika kita hayati, apakah maksud mereka yang sebenarnya. Mungkin mereka ingat MLM atau CNI ni sendiri sebagai sejenis permainan seperti bolasepak, hoki atau dam haji !!
Sebenarnya ini adalah suatu bidang perusahaan dan perniagaan yang mana ianya merupakan tempat berusaha den mencari pendapatan sepeti kita makan gaji atau berniaga di lain-lain bidang. Jika begitu, adakah kita minat dengan kerja kita hari ini ? Contohnya menjadi cikgu kat sekolah. Jika kita minat kerja jadi cikgu maka cubalah jangan ambil gajinya... bolehkah anda terima hakikat ini ? Sebab bagi orang yang minat main bola, mereka tetap bermain walaupun tidak pernah diberi sebarang imbuhan. Sekiranya anda tidak boleh terima hakikat jangan mengambil gaji maksudnya kerja anda selama ini bukan keranan minat tetapi sedarlah bahawa kita melakukannya kerana DUIT !!
Jika begitulah caranya... maka di CNI pun kita tak perlu cakap soal minat lagi tetapi ingatlah bahawa saya menyeru anda menyertai CNI kerana DUIT, sebab di sini... tiada had batasannya bagi anda untuk menambahkan pendapatan anda.

Saya sibuk dan tak ada masa...

Memang ramai orang suka berkata begitu dan kadang-kadang mereka sendiri pun tidak faham apa yang mereka kata sebab "saya sibuk dan tak ada masa" sudah menjadi satu klausa kepada mereka yang suka memberi alasan di dalam sesuatu hal atau urusan.
Sebenarnya... apa sangat yang kita sibuk ?
Ada tak orang yang terlupa nak makan kerana sibuk ? Ada tak orang yang tidak pernah tidur kerana sibuk ? Yang hairannya benda-benda tu tak sibuk pula.... ada kawan saya yang selalu kata sibuk, tapi yang saya tahu dia tak pernah ketinggalan menonton rancangan Gusti di TV3. Jadi di sini sebenarnya bukanlah soal sibuk tetapi tidak mahu.
Begitu juga ada yang mengatakan tak ada masa. Pelik juga... selama ini masanya pergi ke mana ? Nak berapa jam ? Bukankah manusia yang cipta jam itu, jika anda benar-benar tak cukup masa maka ciptalah jam baru yang terdiri dari 40 jam sehari !
Sebenarnya masa adalah infiniti.. esok masa, lusa masa, tulat masa dan seterusnya....
Kita boleh mengatakan kita tidak ada masa seandainya kita tahu bahawa pukul 4.00 petang besok kita akan mati, maka betullah tak cukup masa. Tapi kalau tak tahu bila akan mati maka mulai hari ini kita berhentilah bercakap bahawa kita tidak ada masa.

Lecehlah CNI ni....

Saya setuju juga tu nak buat CNI ni lecehlah...
Tapi... apakah benda di dunia ni yang tidak leceh ? Jika nak dikira leceh... sebenarnya kita pergi kerja hari-hari tu tak leceh ke ? Jam kat jalanraya pagi petang setiap hari tak leceh ke ? Gaji tak pernah cukup setiap bulan tak leceh ke ?
Bagi sayalah... alang-alang leceh biarlah suatu hari kita berjaya iaitu dapat menikmati kehidupan yang sebenar dan bersara lebih awal daripada yang sepatutnya. Takkan nak jadi hamba kerja sampai ke tua ? Bila masa pula nak menikmati hasil yang dicari selama ini ? Duit pencen dan EPF dapat banyak tapi nak bergaya rambut dah putih, nak makan sedap tak boleh sebab gigi dah tak kuat, nak makan manis dah ada kencing manis, makan daging kan darah tinggi pulak... Alamatnya menyesal sudah tidak berguna lagi... rasa tertekan dan kesal lalu macam-macam penyakit yang datang dan... Anda pun boleh jangka kan apa yang berlaku seterusnya ?
So, biarlah leceh sekejap di CNI daripada leceh selama-lamanya.

Jika bagus, kenapa tak iklan di TV saja...

Ye tak ye juga kan kenapa tak iklan kat TV ?
Sebenarnya ini adalah sistem jualan langsung... Bukanya tidak boleh iklan kat TV tetapi...
Bayangkan jika kita iklan kat TV berapa kosnya ? Kebiasaan untuk iklan 2-5 minit pun sudah mencecah ratusan ribu ringgit terutama diwaktu puncak. Jika CNI bayar pada pihak pengiklanan, maka sebahagian keuntungan pergi kepada pihak pengiklan sahaja iaitu TV atau media. Tetapi jika syarikat CNI ini membuka peluang kepada orang ramai untuk membuat iklan dari mulut ke mulut atau melalui aktiviti home-sharing umpamanya, maka keuntungan yang patut diagih dengan satu pihak TV yang dah kaya tu... CNI telah mengagihkan kepada masyarakat secara adil dan menyeluruh. Maka peluang pihak-pihak lain yang nak kaya pun terbuka luas... Asalkan mereka sanggup mengiklan ! Tidakkah ini suatu cara yang sangat bagus di dalam mengagihkan kekayaan kepada seluruh masyarakat ?

Buat CNI menguntungkan orang atasan sahaja !

Betul... siapa orang atasan itu ?
Sebenarnya di dalam dunia ini, apa sahaja yang kita buat pasti ada pihak yang untung...
Tapi ini bukanlah bermakna kita tidak untung ! Kerana suatu hari nanti kita juga akan menjadi orang yang berada di atas. Tetapi di CNi, sistem kita begitu adil dan saksama yang mana jika kita kerja bersungguh-sungguh, suatu hari kita dapat mengatasi pendapatan orang atas tadi. Jadi, jika boleh janganlah fikir sangat perkara ini sebabnya kadang-kadang yang atas itu adalah kawan atau saudara kita. Kenapa dengki sangat sampai tak nak bagi mereka untung sedikit dan akhirnya kita untung banyak. Pergi makan gaji pun yang atas juga untung... tapi sanggup pulak kita pergi pagi balik petang ! Bagi orang Islamlah... jika ada yang berfikiran sebegini saya rasa tak perlulah dia nak sembahyang lagi, nanti Nabi dapat untung.. pergi berjemaah pun tak sesuai nanti Pak Imam dapat untung lebih. Jadi.. jadi nak buat apa ? Susah nak cakaplah di sini... kita matipun ada yang dapat untung tau.. bila tahlil yang hidup tu untung sebab dapat makan free.. Renung dan fikir-fikirkanlah.. !! Jangan marah saya okey !

Dah Terlambat Untuk Sertai CNI

Ramai juga yang merungut sebegini...
Sebenarnya tidak terfikirkah kita bahawa kehidupan kita pada hari ini juga sudah terlambat... ada yang kata dah akhir zaman ! Tetapi masih juga nak meneruskan kehidupan malahan ada yang tak mahu mati lagi. Di dalam industri mlm CNI ni sebenarnya tidak ada istilah lewat sebab peluang untuk berjaya adalah sama rata dan tidak semestinya yang menyertai dahulu lebih berjaya atau yang masuk kemudian tidak berjaya. Perkara ini sangat jelas kerana saya juga menyertainya sudah begitu lewat iaitu setelah enam tahun CNI ditubuhkan. Bahkan ada yang masuk dahulu daripada saya pun ada yang tidak berjaya langsung.
Soalnya di sini, bukan awal atau kemudian penentu kejayaan tetapi cara kita berusaha adalah penentunya. Bahkan telah terbukti kehidupan di dunia ini bahawa umat terkemudian lebih untung dari yang terdahulu... yang mana zaman dulu-dulu mana ada kapalterbang ! Begitu jugalah dunia CNI.
Tuhan menyediakan rezeki sangat banyak... dulu-dulu saya nak makan ayam sebulan sekali pun susah, padahal masa tu orang tak ramai dan ayam pun tak banyak. Hari ini walaupun makan ayam hari-hari pun masih berlebihan ayam tu. Sedangkan orang semakin ramai.. patutnya lagi tak cukup ayam tu kan ? Tapi itulah kurniaan Tuhan bahawa rezekiNya tidak akan habis untuk manusia tetapi manusia itu sendiri yang tidak mahu berusaha mendapatkan rezeki yang tersedia itu.

19 Ogos, 2007

Saya tak ada modal ??

Emm... Inilah persoalan yang selalu ditimbulkan apabila bebicara tentang bisnes, terutamanya orang kita kaum bumiputra.
Sebenarnya modal yang paling besar diperlukan ialah keinginan dan kemahuan yang kuat. Modal sedia ada kita ialah otak kita, anugerah Tuhan yang tidak ternilai ini jika kita gunakan maka ia boleh membawa kita ke tahap tertinggi di dunia.
Secara ringkasnya, untuk menyetai CNI bayarannya hanyalah RM70.00 sahaja dan jika melalui pendaftaran online hanya RM30.00 sahaja. Jika ada tambahan sekitar RM200.00 - RM300.00 itu sudah dikira cukup bagus untuk memulakan perniagaan ini dan jika tak ada pun tak apa. Lagipun berbanding perniagaan konvensional, anda tidak perlu daftar dengan ROB atau ROC dan tidak juga perlu menyewa kedai atau menyediakan premis perniagaan. Cukup buat di rumah sahaja atau di mana-mana anda berada. Sebagaimana yang kita tahu, ada orang yang berniaga dengan modal puluhan ribu ringgit dan membuat pinjaman daripada MARA atau institusi kewangan pun masih ramai yang tak boleh bayar baik hutang bahkan ada yang bankrup terus selepas 4-5 tahun. Tapi di sini, anda tidak perlu buat pinjaman pun bahkan ramai di antara kita mencapai kejayaan hebat lebih daripada mereka yang berniaga dengan modal ratusan ribu ringgit walaupun sudah lebih 20 tahun mereka berniaga.

18 Ogos, 2007

Betul ke CNI ni boleh buat duit ??

Persoalan yang biasa ditimbulkan...
CNI hanyalah sebuah syarikat MLM yang memasarkan barangan kepenggunaan harian terutamanya makanan dan minuman kesihatan. Ianya membuka peluang kepada orang ramai untuk memasarkan barangan dengan konsep perkongsian keuntungan secara adil dan saksama. Mereka yang berminat bolehlah menyertainya sebagai seorang kontraktor bebas atau dikenali sebagai pengedar bebas berasaskan kod etika yang dipersetujui bersama.
Soal nak buat duit, ianya bergantung kepada daya usaha kita... Mana ada perniagaan tidak dapat duit ! Cuma cara kita melakukan perniagaan itu adalah penentu kepada tahap kejayaan yang boleh kita capai. Ada yang melakukan secara sambilan, maka hasilnya pun sambilanlah ! Bagi saya, saya melakukannya sambilan dulu dan kemudian baru serius untuk membina kerjaya jangka panjang... Insya Allah hasilnya pun berpanjangan. Yang bagusnya, pihak syarikat CNI sendiri banyak membantu dalam menangani selok-belok perniagaan ini terutamanya dari segi latihan yang berterusan dan sokongan promosi yang berpanjangan. Maka tidak hairanlah kenapa ramai yang telah berjaya di CNI yang mana semua mereka ini bermula dengan kosong dan latarbelakang pendidikan yang berbagai-bagai... bahkan orang yang tidak sekolah pun boleh menikmati kejayaan.
Jadi, bukan soalnya betul atau tidak CNI ni boleh buat duit... tapi mahukah anda menambahkan duit anda bersama CNI ? Yang pasti, segalanya terletak di tangan anda.