15 Jun, 2008

Kesian..fikir-fikirkan lah..

Assalamualaikum / Salam Sejahtera;
Saya yakin dan pasti anda semua telah pun membaca serta memahami artikel-artikel di atas. Panduan memilih syarikat MLM, pengertian MLM yang sebenar dan banyak lagi fakta-fakta yang disampaikan oleh 'otai MLM' kita, MDAM Roslan Abdullah.
Apa yang saya hairankan ialah; walaupun sudah di bagi panduan dan penerangan, masih ramai lagi kawan-kawan atau saudara-mara kita yang buat-buat tak tahu tentang konsep perniagaan MLM yang sebenar.
Apa yang saya maksudkan ialah 'Golongan Pejuang MLM yang suka Lompat Katak' !!
Mereka ni sebenanya memang dah lama menggiatkan diri di dalam perniagaan MLM ni..tetapi amalan berpindah syarikat semeamangnya dah jadi hobi mereka. 'Kerja sambilan' yang mereka lakukan ialah memburuk-burukkan syarikat lama mereka. Dan ada juga segelintir golongan 'pejuang MLM' ini dah menyertai berpuluh-puluh syarikat MLM, tetapi sampai mati tak nak join CNI..banyak alasan yang mereka buat dan propagandakan mengenai syarikat CNI !!
Biarlah kali ini saya menulis bukan mengenai prospek 'fresh' yang tak nak join MLM. Tetapi kali ni saya nak bincang sikit pasal golongan yang seudah join MLM tetapi tak nak join syarikat yang dah terbukti !! Dia orang cakap, dia orang tetap nak challenge atau compete dengan syarikat CNI !!..Hairan!!
Persaingan juga wujud dan sangat perlu dalam perniagaan MLM ini tetapi tidak lah tinggi sangat arus nya berbanding perniagaan yang lain. Kalau saya; saya cuma akan compete dengan situasi atau dalam keadaan yang betul (bertempat). Sememangnya tak salah kalau nak bersaing, tetapi biarlah dengan cara yang betul. Kita bukan berniaga 'kampung' atau budak-budak yang baru belajar berniaga..
Banyak kenyataan yang orang buat tentang bisnes CNI ni ;
  1. CNI ni dah lama sangat/lapuk : Memang betul..dah nak masuk 19 tahun dah umur CNI ni..tapi dah melahirkan lebih 50 orang intan jutawan/ pemenang tabung insentif rumah, lebih 500 orang pemenang tabung kereta, ribuan orang pemenang insentif pelancongan ke luar negara, puluhan ribu orang penerima bonus bulanan dan ratusan ribu orang menikmati pelbagai kemudahan bersama syarikat CNI termasuklah diskaun barangan yang sangat luarbiasa! Di antara syarikat yang terbaik; malahan terbukti !!
  2. CNI ni lambat !! : Kalau anda join mana-mana syarikat hari ni; dan esok anda terus dapat bonus, saya yakin dan pasti syarikat yang anda join tu bukan lah MLM sebenar..itu skim cepat kaya atau skim pelaburan internet ! Dan perniagaan yang 'cepat dapat bonus' seperti ini; cepat juga penutupannya !! Maksud saya, syarikat seperti ini mengamalkan konsep " cepat dapat, cepat-cepat blah !!" Jadi, kalau nak sertai perniagaan MLM, jangan ukur dari segi cepat dan lambat, pilih lah yang terbukti praktikal. Kalau dalam konsep pekerjaan, saya rasa juga tiada yang cepat. Kerja hari ni, hujung bulan baru dapat gaji. Ada pun yang dapat gaji harian, saya yakin tiada yang bekerja sehari, terus dapat gaji lumayan rm1000 terus adapat sebelum balik kerja petang tu..itu belum kira proses-proses nak dapatkan perkerjaan tu lagi..nak kena sekolah tadika dulu, kemudian sekolah rendah,menengah..masuk ipt..kemuadian ambik post penganggur dulu..baru dapat kerja..itu pun kena tunggu sebulan kerja baru dapat gaji..mana satu yang lambat?CNI? Kalau tak kerja, bos takkan bagi gaji..

Bagi saya, cukup lah setakat ni. Saya akan hadiahkan kepada anda beberapa perbincangan mengenai syarikat MLM pada lain hari. Yang penting; hidup anda sekarang menuju ke arah perubahan yang positif. Jangan hilang fokus dan suka tukar-tukar syarikat. Syarikat MLM ada beratus-ratus di Malaysia ni..Lain lah anda yakin umur anda boleh mencecah sehingga 400 tahun..Saudara sekalian,BUAT YANG TERBAIK kerana HIDUP CUMA SEKALI !!

14 Jun, 2008

Pilihlah syarikat MLM yang betul...

MLM adalah merupakan salah satu sistem Jualan Langsung yang ada di Malaysia hari ini. Jumlah syarikat Jualan Langsung yang ada di Malaysia sehingga hari ini ialah sebanyak 640 buah syarikat, manakala yang menjalankan sistem perniagaan secara MLM ialah sebanyak 418 buah sahaja. Oleh itu, pastikan kita harus tahu antara syarikat yang mengamalkan sistem MLM ataupun tidak.

Di dalam memilih syarikat MLM untuk dijadikan kerjaya pilihan, maka ada beberapa kriteria harus diambil kira iaitu dari segi pendaftaran syarikat tersebut dengan pihak berkuasa Malaysia.
Antaranya ialah:-
1. Berdaftar dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).
2. Berdaftar dengan KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Malaysia)
3. Berdaftar dengan DSAM (Persatuan Jualan Langsung Malaysia)

Pendaftaran dengan pihak-pihak di atas adalah amat penting terutamanya dengan DSAM, kerana DSAM adalah satu badan yang ditubuhkan khas untk memastikan setiap syarikat Jualan Langsung yang berdaftar agar mengamalkan cara perniagaan yang beretika. Dengan ertikata lain ialah tidak melibatkan unsur-unsur paksaan dan penipuan terhadap pengguna dan orang ramai.

Sebagai MLM tulen pula, kebiasaannya pendaftaran keahlian adalah tidak melebihi RM100.00 dan faedah yang diperolehi oleh seseorang pengedar atau usahawan adalah berdasarkan kepada penjualan barangan. Sekiranya seseorang usahawan itu memperolehi faedah melalui penajaan, maka ini sudah dikira bukan MLM yang tulen bahkan lebih mirip kepada permainan wang (money games). Tujuan penajaan di dalam MLM adalah untuk mengembangkan rangkaian perniagaan supaya jumlah jualan kumpulan menjadi lebih besar agar komisyen kepemimpinan kumpulan menjadi lebih banyak. Berbanding dengan money games, mereka menaja untuk mendapat duit yang banyak daripada penajaan.

Selain dari itu, ada lagi beberapa kriteria penting yang patut kita perhalusi di dalam membuat keputusan untuk menyertai sesuatu syarikat MLM. Bahagian ini saya akan menuliskannya kemudian.

04 Jun, 2008

Beli Terus Dari Kilang...

Sekiranya kita hendak membeli perabut rumah atau apa-apa barangan keperluan, didapati ada dua kedai yang menawarkan produk yang sama kegunaannya. Cuma yang membezakannya ialah kedai A adalah kedai biasa.. tapi kedai B adalah menjual barangan terus dari kilang dengan harga borong. Kedai manakah agaknya akan menjadi pilihan anda ?? Kalau saya... sudah semestinyalah kedai B yang mana sudah pasti harganya lebih murah kan !!
Begitulah senarionya jika kita membeli-belah barangan keperluan harian kita di kedai-kedai runcit atau supermarket, tetapi yang pastinya, di CNI kita dapat membeli-belah dengan harga borong terus dari kilang iaitu dengan potongan harga sehingga 30 % setiap saat, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun.
Untuk menjadi pengguna bijak, mulai hari ini kita sebarkan kepada kawan-kawan untuk membeli-belah dengan harga borong terus dari kilang CNI.