13 Mac, 2009

MLM dan Kegawatan Ekonomi.

Kegawatan ekonomi global mulai memberi kesan ke seluruh dunia. Kebanyakan orang mulai terhimpit dan tertekan dan tidak terkecuali ada yang menderita. Dunia sudah kehilangan ramai jutawan hebat dan kebanyakan jutawan yang ada, rata-rata kekayaan mereka telah menyusut antara 25-30 %.

Dalam keadaan begini, semua orang berhati-hati dan sebagai peniaga atau pengamal MLM, kita harus bersiap-sedia menyusun strategi baru untuk menyesuaikan peniagaan kita dengan keadaan semasa. Kita seharusnya sentiasa berfikiran positif dalam setiap keadaan kerana harus ingat bahawa dalam kesempitan, pasti ada kesempatan walaupun kadang-kala kita juga kesemputan. Jika tahu mengambil peluang dan kesempatan ini, ianya boleh menjadikan kita lebih berhasil dan berjaya. Contoh jelas adalah seperti tokoh Microsoft terkemuka Bill Gates, manusia terkaya di dunia hari ini seperti yang dipaparkan dalam majalah Forbes. Walaupun sebelum ini sudah jatuh ditempat ke dua di belakang Warren Buffett, tetapi dengan suasana ekonomi dunia yang suram ini telah membantu menjadikan Bill Gates merampas takhtanya kembali sebagai manusia terkaya di planet bumi ini.

Kenapa begini ?
Asas perniagaan Bill Gates adalah Networking Business iaitu mempunyai rangkaian yang luas dan dapat ditawarkan pada harga yang mampu beli serta sudah menjadi keperluan semua orang setelah diperkenalkan lebih 20 tahun yang lalu. Dengan servis yang sangat profesional, maka saya yakin kekayaan Bill Gates adalah akan kekal berterusan sehingga 20 tahun akan datang... bahkan bertambah kaya walau apa jua keadaan ekonomi semasa.

Begitu juga kita di dalam bidang MLM ini...
Mulai hari ini, tibalah masanya anda usahawan-usahawan MLM boleh ambil peluang untuk lebih berjaya dan mengatasi mereka yang terdahulu daripada anda. Apa yang penting, kita haruslah sentiasa positif dan mencari inisiatif untuk merebut peluang ini.
Nasihat saya, cubalah sesuaikan diri dan perniagaan dengan keadaan semasa seperti menukar strategi jualan daripada produk mewah kepada produk-produk keperluan harian. Saiz produk juga perlu diubah agar ianya menjadi lebih murah dan senang dijual. Jika perlu, kita juga boleh membuka paket produk dan menjualnya secara "loose" atau satu persatu. Bagitu juga dengan cara kita... haruslah lebih bersederhana dan penuh simpati dengan pelanggan kita... bantu mereka dengan memberi servis yang terbaik dan penuh berkualiti yang akan menjadikan barangan yang dibeli sangat bernilai bagi mereka.

Selain itu, kesempatan terbesar yang ada ialah mengajak mereka menyertai MLM kita dan ini adalah suatu peluang bernilai bagi mereka untuk membantu ekonomi keluarga. Apatah lagi dengan hutang-piutang yang ada... dengan cara yang betul, Insya Allah anda dan prospek baru tadi akan sama-sama memperolehi faedah. Apa yang penting, kita harus lebih bersabar untuk mengelak kecelaruan dalam perniagaan dan keluarga sendiri. Atur baik-baik segala jadual aktiviti keluarga dan perniagaan agar memudahkan anda untuk tingkatkan jualan dan pekembangan rangkaian. Saya cukup yakin dan pasti... bila suasana ekonomi kembali normal maka anda akan menikmati imbuhan yang berganda di atas kesabaran semasa kegawatan ini. Saya sendiri telah melaluinya semasa krisis ekonomi 1997 dulu dan bila ekonomi normal pada tahun 2000, saya terus mencapai pangkat jutawan pada 2001. Dalam krisis sebegini, sekiranya kita dapat bertahan dan 'maintain' pun dah dikira cukup baik. Ini adalah kisah benar dan saya sedia berkongsi dengan anda sekiranya perlu. - Selamat Berjuang..
You are the BEST & Try Your BEST !