22 Oktober, 2009

Perkhidmatan / Servis Selepas Jualan.

Antara unsur yang paling penting didalam memanjangkan hayat perniagaan kita adalah servis selepas jualan.
Ramai dikalangan usahawan MLM agak kurang menekankan faktor ini. Sebenarnya, servis selepas jualan adalah merupakan nadi utama dalam mengekalkan dan menambahkan jualan dan kejayaan kita di dalam industri MLM. Sekiranya kita menganggap perniagaan kita adalah suatu bidang keusahawanan untuk jangka panjang, maka haruslah mengambil berat soal servis terhadap para pelanggan dan juga "downline-downline" kita.
Antara servis yang patut diberikan ialah:
1. Bertanya pelanggan kembali tentang kepuasan penggunaan produk kita;
2. Dapatkan "feedback" tentang produk yang digunakan;
3. Membantu pelanggan untuk mendapatkan kebaikan produk secara maksimum;
4. Datang berjumpa pelanggan untuk pastikan jualan ulangan walaupun sudah menjadi ahli;
5. Sering bertanya khabar tentang kesihatan ahli keluarganya;
6. Bersedia untuk menghantar pesanannya bila-bila masa walaupun sudah jadi ahli;
7. Tunjukkan kepada pelanggan tentang "feedback" daripada pelanggan kita yang lain;
8. Berikan risalah-risalah berkaitan supaya pelanggan / downline kita senang menyebarkan berita baik kepada sahabat handainya;
9. Sering melawat pelanggan kita untuk merapatkan hubungan mesra agar mereka yakin dengan kita serta produk-produk kita.. akhirnya mengekalkan hubungan perniagaan jangka panjang;
10. Pastikan pelanggan sentiasa berpuas hati setiap kali kita berpisah dengan mereka untuk pulang;
11. Apabila mereka berpuas hati, maka wujudlah suatu peluang lagi untuk memperkenalkan produk yang seterusnya kepada mereka... ataupun kita boleh terus menaja mereka menjadi downline kita.
Ini hanya panduan kasar tentang servis yang patut diberikan oleh seseorang usahawan MLM.
Apa yang sering saya perhatikan, ramai usahawan yang gagal dalam bidang MLM adalah disebabkan tidak mengamalkan servis yang baik. Kebanyakan dari mereka hanya berjumpa untuk menjual sekali sahaja, kemudian ditinggalkan begitu sahaja. Begitu juga apabila mereka menaja seseorang... selepas ditaja, kebanyakan usahawan MLM ini mengharapkan tajaan mereka akan pergi sendiri ke stokis untuk membeli barangan. Selain dari itu, masyarakat juga banyak yang curiga dengan pengedar-pengedar MLM disebabkan perkara ini. Mereka takut jika "join" atau beli, maka mereka akan ditinggalkan dan dibiarkan begitu sahaja. Sebenarnya, keadaan inilah yang menyebabkan seseorang usahawan MLM tidak berjaya dalam sesebuah syarikat. Mungkin disebabkan mereka tidak pernah melibatkan diri dalam bidang keusahawanan ataupun keadaan yang sama juga dilakukan oleh "upline" terhadap mereka. Sebenarnya, jika kita benar-benar ingin berjaya, kita haruslah bijak belajar dan tidaklah bergantung kepada "upline" semata-mata.
Ingat... di Malaysia terdapat banyak syarikat-syarikat MLM samada yang lama atau yang baru. Ini bermakna kita sentiasa bersaing.... selain itu kita juga bersaing sesama kita di dalam syarikat MLM yang sama. Sekiranya kita tidak boleh memberikan servis yang baik, maka ada pihak lain yang sentiasa bersedia untuk memberikan servis yang lebih baik. Janganlah kita menyesal dikemudian hari mengatakan sianu bin sianu telah curi pelanggan dan "downline" kita. Cuba cermin diri dan bertanya kembali... sepanjang dia menjadi pelanggan kita, apakah kita telah memberikan servis yang terbaik ?
Semoga dengan tips ringkas ini akan membantu para usahawan MLM untuk membaiki kelemahan diri dan seterusnya meningkatkan prestasi kejayaan dimasa akan datang. Harus diingati bahawa cabaran sentiasa ada di mana-mana. Yang penting, kita harus mengenal kelemahan diri dan terus memperbaikinya dan tidak akan mengulanginya lagi. Elakkan menghadapi cabaran yang sama setiap masa... tetapi bersedia dengan cabaran yang baru dan juga bersiap-sedia untuk mengatasinya.
Orang yang berjaya bukannya orang yang bebas dari cabaran... tetapi mereka adalah merupakan orang yang sentiasa dapat mengatasi segala cabaran yang dihadapi dalam masa yang pantas.

18 Julai, 2009

Bangkitlah Kembali Apabila Jatuh.

Jatuh bangun adalah perkara biasa dalam kehidupan...
Yang paling penting adalah berapa kali anda sanggup bangun kembali didalam sebuah perjuangan ? Ramai yang gagal didunia ini adalah kerana mereka tidak mahu berusaha bangkit kembali walau pun mereka mampu, bahkan ramai yang memberikan alasan bahawa mereka sudah tidak mampu bangkit kembali... dan akhirnya tidak berjaya mencapai destinasi kejayaan yang diimpikan. Sepatutnya kita harus sedar dan bersyukur dengan segala anugerah Tuhan kepada kita agar kita boleh bangkit semula walaupun setelah kita jatuh dan tersungkur... Saksikanlah video ringkas ini semoga anda dapat jadikan iktibar dan sedikit keinsafan tentang kesempurnaan diri serta terus bersyukur kepada Ilahi...



Anda renung dan fikirkan bersama-sama...
Sesungguhnya Tuhan maha besar dan akan sentiasa menyokong hambanya.

Hari ini, sanggupkah anda menjual sebelah tangan anda dengan harga RM2 Juta ?
Saya rasa ramai yang tak sanggup !! Tapi mereka terlupa bahawa mereka telah menjual seluruh anggota badan mereka kepada majikan dengan harga tak seberapa...
Katalah gaji anda RM2,000.00 sebulan dan akan berkhidmat dengan majikan selama 30 tahun. RM2,000.00 X 12 bulan X 30 tahun = RM720,000.00

Oh.. alangkah rendahnya nilai diri kita...
Kenapa takut jual tangan ???
Sebab nak buat kerja !!
Tapi jual sebelah dengan harga RM2 Juta, anda tidak perlu bersusah payah untuk berkerja sepanjang hayat !!
Jika benar anda sayang untuk jual tangan dengan harga begitu, maka pastikanlah ianya berkhidmat dan berbakti untuk anda sehingga anda menikmati seperti apa yang sepatutnya dan senilai harganya.

Ayuh... marilah kita bangkit dan meneruskan perjuangan ini sehingga sampai ke puncak jaya... Insya Allah jika diizinkan Tuhan, kita juga boleh sampai ke angkasa !

13 Mac, 2009

MLM dan Kegawatan Ekonomi.

Kegawatan ekonomi global mulai memberi kesan ke seluruh dunia. Kebanyakan orang mulai terhimpit dan tertekan dan tidak terkecuali ada yang menderita. Dunia sudah kehilangan ramai jutawan hebat dan kebanyakan jutawan yang ada, rata-rata kekayaan mereka telah menyusut antara 25-30 %.

Dalam keadaan begini, semua orang berhati-hati dan sebagai peniaga atau pengamal MLM, kita harus bersiap-sedia menyusun strategi baru untuk menyesuaikan peniagaan kita dengan keadaan semasa. Kita seharusnya sentiasa berfikiran positif dalam setiap keadaan kerana harus ingat bahawa dalam kesempitan, pasti ada kesempatan walaupun kadang-kala kita juga kesemputan. Jika tahu mengambil peluang dan kesempatan ini, ianya boleh menjadikan kita lebih berhasil dan berjaya. Contoh jelas adalah seperti tokoh Microsoft terkemuka Bill Gates, manusia terkaya di dunia hari ini seperti yang dipaparkan dalam majalah Forbes. Walaupun sebelum ini sudah jatuh ditempat ke dua di belakang Warren Buffett, tetapi dengan suasana ekonomi dunia yang suram ini telah membantu menjadikan Bill Gates merampas takhtanya kembali sebagai manusia terkaya di planet bumi ini.

Kenapa begini ?
Asas perniagaan Bill Gates adalah Networking Business iaitu mempunyai rangkaian yang luas dan dapat ditawarkan pada harga yang mampu beli serta sudah menjadi keperluan semua orang setelah diperkenalkan lebih 20 tahun yang lalu. Dengan servis yang sangat profesional, maka saya yakin kekayaan Bill Gates adalah akan kekal berterusan sehingga 20 tahun akan datang... bahkan bertambah kaya walau apa jua keadaan ekonomi semasa.

Begitu juga kita di dalam bidang MLM ini...
Mulai hari ini, tibalah masanya anda usahawan-usahawan MLM boleh ambil peluang untuk lebih berjaya dan mengatasi mereka yang terdahulu daripada anda. Apa yang penting, kita haruslah sentiasa positif dan mencari inisiatif untuk merebut peluang ini.
Nasihat saya, cubalah sesuaikan diri dan perniagaan dengan keadaan semasa seperti menukar strategi jualan daripada produk mewah kepada produk-produk keperluan harian. Saiz produk juga perlu diubah agar ianya menjadi lebih murah dan senang dijual. Jika perlu, kita juga boleh membuka paket produk dan menjualnya secara "loose" atau satu persatu. Bagitu juga dengan cara kita... haruslah lebih bersederhana dan penuh simpati dengan pelanggan kita... bantu mereka dengan memberi servis yang terbaik dan penuh berkualiti yang akan menjadikan barangan yang dibeli sangat bernilai bagi mereka.

Selain itu, kesempatan terbesar yang ada ialah mengajak mereka menyertai MLM kita dan ini adalah suatu peluang bernilai bagi mereka untuk membantu ekonomi keluarga. Apatah lagi dengan hutang-piutang yang ada... dengan cara yang betul, Insya Allah anda dan prospek baru tadi akan sama-sama memperolehi faedah. Apa yang penting, kita harus lebih bersabar untuk mengelak kecelaruan dalam perniagaan dan keluarga sendiri. Atur baik-baik segala jadual aktiviti keluarga dan perniagaan agar memudahkan anda untuk tingkatkan jualan dan pekembangan rangkaian. Saya cukup yakin dan pasti... bila suasana ekonomi kembali normal maka anda akan menikmati imbuhan yang berganda di atas kesabaran semasa kegawatan ini. Saya sendiri telah melaluinya semasa krisis ekonomi 1997 dulu dan bila ekonomi normal pada tahun 2000, saya terus mencapai pangkat jutawan pada 2001. Dalam krisis sebegini, sekiranya kita dapat bertahan dan 'maintain' pun dah dikira cukup baik. Ini adalah kisah benar dan saya sedia berkongsi dengan anda sekiranya perlu. - Selamat Berjuang..
You are the BEST & Try Your BEST !

01 Januari, 2009

Long Term MLM - CNI

CNI akan meraikan ulangtahunnya yang ke-20 pada tahun ini. Mengikut pengalaman saya yang sudah lebih 18 tahun berkecimpung dalam bidang ini dengan beberapa syarikat MLM, maka dapatlah dibuat kesimpulan bahawa CNI adalah merupakan suatu bisnes MLM untuk jangkamasa yang panjang yang mana ianya melibatkan beberapa fasa untuk membina masa depan kehidupan seseorang. Setiap fasa memerlukan sekurang-kurang untuk tempoh 5 tahun... kerana ini sudah dikira suatu piawaian di Malaysia yang mana dasar pembangunan negara memperuntukkan tempoh yang sama, begitu juga dengan sistem pilihanraya negara dan juga tempoh menyandang jawatan-jawatan wakil rakyat di dalam sistem politik negara.

Contohnya:
Fasa 1: Penerokaan dan pembinaan tapak asas.
-Peringkat ini adalah asas pembinaan rangkaian dan pembelajaran tentang selok belok bisnes MLM. Pada asas ini, mengikut pengalaman saya sendiri, saya juga sudah boleh mencapai tahap Intan Jutawan. Tapi sekiranya kita berjaya mencapai tabung kereta pertama pun itu sudah memadai.

Fasa 2: Pembinaan dan pengukuhan aset peribadi.
-Pada peringkat ini, anda sudah mempunyai suatu pendapatan yang mantap pada tahap 5 angka sebulan setiap bulan. Tempoh ini adalah amat sesuai untuk membuat pelaburan-pelaburan yang menguntungkan seperti membeli hartanah dan juga saham-saham terpilih yang menguntungkan.

Fasa 3: Menguruskan perniagaan dan harta.
-Pada fasa ini, anda hanya perlu mengekalkan pengurusan berhemah kumpulan MLM anda, disamping itu anda juga akan menguruskan perniagaan peribadi yang anda laburkan untuk masa depan keluarga anda. Selain dari itu, anda terus menyelenggarakan dan menguruskan segala hartanah anda untuk mendapatkan pulangan yang lagi baik.

Fasa 4: Bersara dan menikmati kehidupan yang sebenar...
-Dengan cara ini, anda sebenarnya benar-benar membina masa depan anda bersama MLM.

Bagi mereka yang bukan berniat untuk jangka panjang, maka CNI mungkin kurang sesuai untuk mereka kerana selalu mengharapkan pulangan yang banyak dalam masa yang singkat. Sebenarnya perniagaan yang berbentuk skim cepat kaya sahaja yang akan menjanjikan pulangan yang cepat... itupun banyak yang menipu orang ramai. Ini disebabkan masyarakat sendiri tidak boleh membezakan yang mana satu skim yang sebenar. Di Malaysia, banyak juga syarikat-syarikat MLM yang berdaftar menjalankan perniagaan mereka hanya untuk suatu tempoh yang singkat sahaja... mereka memberikan pulangan yang besar diperingkat awal untuk menarik perhatian masyarakat menyertai mereka dengan menjanjikan berbagai kemewahan dalam jangka pendek... selepas beberapa tahun sahaja maka pihak pengurusan akan menutup syarikat itu dan kemudian membuka syarikat baru dengan nama yang baru.. tetapi masih dengan produk dan pengurusan tertinggi yang sama. Kadang-kadang mereka juga mengambil pemimpin-pemimpin dari syarikat yang lama juga dengan menawarkan sedikit imbuhan dengan syarat menampilkan kereta mewah dahulu sebagai kereta yang dianugerahkan oleh syarikat baru ini.. seterusnya mengharapkan pemimpin-pemimpin ini akan membawa rangkaian mereka dahulu kepada syarikat yang baru ini. Pihak pengurusan syarikat sebegini juga sangat berminat terhadap pemimpin-pemimpin syarikat lain terutamanye pemimpin CNI yang begitu terlatih. Sebenarnya... sekiranya sesuatu syarikat MLM itu benar-benar ikhlas dan jujur untuk membantu masyarakat menjadi usahawan, mereka sepatutnya bersedia untuk melatih pengedar-pengedar baru yang tidak tahu apa-apa tentang bisnes dan MLM, tetapi sebaliknya berlaku iaitu mereka lebih suka mengambl peluang terhadap pemimpin dan pengedar-pengedar dari syarikat yang sudah establish seperti CNI. Cara mereka cukup mudah.. buat untuk jangka masa singkat sahaja dan kemudian tutup syarikat. Akhirnya... mereka yang serius untk berjaya dalam MLM akan menjadi mangsa... terutamanya golongan usahawan-usahawan melayu sendiri.

23 Julai, 2008

30 Tahun Makan Gaji = 3 Tahun di MLM.

Kenapa MLM menjadi pilihan ??
KERANA -->> Kerja biasa 30 tahun = MLM 3 tahun sahaja !!

Bukan soal berapa tahun kita hidup dan berkerja... tetapi soalnya berapa jam kah kita berkerja untuk mencari pendapatan. Pengiraannya adalah seperti di bawah ini...

Makan gaji,
Kita kerja seorang diri katalah selama 10 jam sehari termasuk 2 jam persediaan pergi dan balik dari kerja.
Maka 10 jam X 30 hari X 12 bulan X 30 TAHUN = 108,000 JAM.

Jika MLM,
Kita kerja dengan 100 orang downline yang memperuntukkan sejam sehari...
Maka 100 jam X 30 hari X 12 bulan X 3 TAHUN = 108,000 JAM.

Jumlah pendapatan kita adalah bergantung kepada jumlah masa atau bilangan jam yang diperuntukkan untuk berkerja iaitu sebanyak 108,000 jam. Jika kerja biasa kita perlukan tempoh 30 tahun tetapi melalui MLM, kita dapat singkatkan menjadi 3 tahun sahaja.

Cuba kita bayangkan sekiranya kita memperuntukkan 30 tahun untuk buat MLM...Sebab itulah begitu ramai orang yang sudah berjaya bersama MLM... bahkan ada yang sudah menjadi JUTAWAN !!

15 Jun, 2008

Kesian..fikir-fikirkan lah..

Assalamualaikum / Salam Sejahtera;
Saya yakin dan pasti anda semua telah pun membaca serta memahami artikel-artikel di atas. Panduan memilih syarikat MLM, pengertian MLM yang sebenar dan banyak lagi fakta-fakta yang disampaikan oleh 'otai MLM' kita, MDAM Roslan Abdullah.
Apa yang saya hairankan ialah; walaupun sudah di bagi panduan dan penerangan, masih ramai lagi kawan-kawan atau saudara-mara kita yang buat-buat tak tahu tentang konsep perniagaan MLM yang sebenar.
Apa yang saya maksudkan ialah 'Golongan Pejuang MLM yang suka Lompat Katak' !!
Mereka ni sebenanya memang dah lama menggiatkan diri di dalam perniagaan MLM ni..tetapi amalan berpindah syarikat semeamangnya dah jadi hobi mereka. 'Kerja sambilan' yang mereka lakukan ialah memburuk-burukkan syarikat lama mereka. Dan ada juga segelintir golongan 'pejuang MLM' ini dah menyertai berpuluh-puluh syarikat MLM, tetapi sampai mati tak nak join CNI..banyak alasan yang mereka buat dan propagandakan mengenai syarikat CNI !!
Biarlah kali ini saya menulis bukan mengenai prospek 'fresh' yang tak nak join MLM. Tetapi kali ni saya nak bincang sikit pasal golongan yang seudah join MLM tetapi tak nak join syarikat yang dah terbukti !! Dia orang cakap, dia orang tetap nak challenge atau compete dengan syarikat CNI !!..Hairan!!
Persaingan juga wujud dan sangat perlu dalam perniagaan MLM ini tetapi tidak lah tinggi sangat arus nya berbanding perniagaan yang lain. Kalau saya; saya cuma akan compete dengan situasi atau dalam keadaan yang betul (bertempat). Sememangnya tak salah kalau nak bersaing, tetapi biarlah dengan cara yang betul. Kita bukan berniaga 'kampung' atau budak-budak yang baru belajar berniaga..
Banyak kenyataan yang orang buat tentang bisnes CNI ni ;
  1. CNI ni dah lama sangat/lapuk : Memang betul..dah nak masuk 19 tahun dah umur CNI ni..tapi dah melahirkan lebih 50 orang intan jutawan/ pemenang tabung insentif rumah, lebih 500 orang pemenang tabung kereta, ribuan orang pemenang insentif pelancongan ke luar negara, puluhan ribu orang penerima bonus bulanan dan ratusan ribu orang menikmati pelbagai kemudahan bersama syarikat CNI termasuklah diskaun barangan yang sangat luarbiasa! Di antara syarikat yang terbaik; malahan terbukti !!
  2. CNI ni lambat !! : Kalau anda join mana-mana syarikat hari ni; dan esok anda terus dapat bonus, saya yakin dan pasti syarikat yang anda join tu bukan lah MLM sebenar..itu skim cepat kaya atau skim pelaburan internet ! Dan perniagaan yang 'cepat dapat bonus' seperti ini; cepat juga penutupannya !! Maksud saya, syarikat seperti ini mengamalkan konsep " cepat dapat, cepat-cepat blah !!" Jadi, kalau nak sertai perniagaan MLM, jangan ukur dari segi cepat dan lambat, pilih lah yang terbukti praktikal. Kalau dalam konsep pekerjaan, saya rasa juga tiada yang cepat. Kerja hari ni, hujung bulan baru dapat gaji. Ada pun yang dapat gaji harian, saya yakin tiada yang bekerja sehari, terus dapat gaji lumayan rm1000 terus adapat sebelum balik kerja petang tu..itu belum kira proses-proses nak dapatkan perkerjaan tu lagi..nak kena sekolah tadika dulu, kemudian sekolah rendah,menengah..masuk ipt..kemuadian ambik post penganggur dulu..baru dapat kerja..itu pun kena tunggu sebulan kerja baru dapat gaji..mana satu yang lambat?CNI? Kalau tak kerja, bos takkan bagi gaji..

Bagi saya, cukup lah setakat ni. Saya akan hadiahkan kepada anda beberapa perbincangan mengenai syarikat MLM pada lain hari. Yang penting; hidup anda sekarang menuju ke arah perubahan yang positif. Jangan hilang fokus dan suka tukar-tukar syarikat. Syarikat MLM ada beratus-ratus di Malaysia ni..Lain lah anda yakin umur anda boleh mencecah sehingga 400 tahun..Saudara sekalian,BUAT YANG TERBAIK kerana HIDUP CUMA SEKALI !!

14 Jun, 2008

Pilihlah syarikat MLM yang betul...

MLM adalah merupakan salah satu sistem Jualan Langsung yang ada di Malaysia hari ini. Jumlah syarikat Jualan Langsung yang ada di Malaysia sehingga hari ini ialah sebanyak 640 buah syarikat, manakala yang menjalankan sistem perniagaan secara MLM ialah sebanyak 418 buah sahaja. Oleh itu, pastikan kita harus tahu antara syarikat yang mengamalkan sistem MLM ataupun tidak.

Di dalam memilih syarikat MLM untuk dijadikan kerjaya pilihan, maka ada beberapa kriteria harus diambil kira iaitu dari segi pendaftaran syarikat tersebut dengan pihak berkuasa Malaysia.
Antaranya ialah:-
1. Berdaftar dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).
2. Berdaftar dengan KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Malaysia)
3. Berdaftar dengan DSAM (Persatuan Jualan Langsung Malaysia)

Pendaftaran dengan pihak-pihak di atas adalah amat penting terutamanya dengan DSAM, kerana DSAM adalah satu badan yang ditubuhkan khas untk memastikan setiap syarikat Jualan Langsung yang berdaftar agar mengamalkan cara perniagaan yang beretika. Dengan ertikata lain ialah tidak melibatkan unsur-unsur paksaan dan penipuan terhadap pengguna dan orang ramai.

Sebagai MLM tulen pula, kebiasaannya pendaftaran keahlian adalah tidak melebihi RM100.00 dan faedah yang diperolehi oleh seseorang pengedar atau usahawan adalah berdasarkan kepada penjualan barangan. Sekiranya seseorang usahawan itu memperolehi faedah melalui penajaan, maka ini sudah dikira bukan MLM yang tulen bahkan lebih mirip kepada permainan wang (money games). Tujuan penajaan di dalam MLM adalah untuk mengembangkan rangkaian perniagaan supaya jumlah jualan kumpulan menjadi lebih besar agar komisyen kepemimpinan kumpulan menjadi lebih banyak. Berbanding dengan money games, mereka menaja untuk mendapat duit yang banyak daripada penajaan.

Selain dari itu, ada lagi beberapa kriteria penting yang patut kita perhalusi di dalam membuat keputusan untuk menyertai sesuatu syarikat MLM. Bahagian ini saya akan menuliskannya kemudian.