07 April, 2008

MLM Kerjaya Pilihan.

Sekarang pihak kerajaan Malaysia telahpun mengisytiharkan bahawa Keusahawanan Kerjaya Pilihan. Memang benar... kerana hanya dengan menjadi usahawan sahaja seseorang itu boleh maju, sekiranya semua orang Melayu menjadi usahawan yang berjaya maka secara tidak langsung orang-orang Melayu akan maju dan juga negara kita akan maju.
Sehubungan itu, saya menekankan di sini bahawa bidang keusahawanan itu sangat banyak dan luas. Apatah lagi ianya melibatkan berbagai disiplin ilmu dan kemahiran. Andainya tidak mempunyai ilmu dan kemahiran yang spesifik, ianya pasti boleh menyebabkan seseorang individu itu gagal akhirnya.
Memang tidak syak lagi bahawa keusahawanan yang paling sesuai untuk seseorang itu adalah dunia MLM iaitu Multi-Level-Marketing. Kenapa MLM ?? Mudah saja... di Malaysia ni sangat banyak syarikat MLM samada syarikat tempatan atau syarikat asing. Yang pastinya ianya terbukti telah melahirkan ramai orang-orang yang berjaya mencapai taraf Jutawan.

Kenapa MLM sebagai kerjaya pilihan ?

Ini adalah kerana MLM ini tidak memerlukan modal yang besar sedangkan keuntungannya sangat besar. Yang penting di sini KEUNTUNGAN. Buat apa kita nak menyertai perniagaan dengan modal besar sedangkan keuntungannya tidak pasti. Lagi pun dengan MLM, segala kemahiran dan teknik perjalanan perniagaan akan diajarkan oleh penaja dan juga pihak syarikat itu sendiri. Setiap pengalaman kejayaan daripa orang-orang yang berjaya akan dikongsikan bersama-sama. Sedangkan menjadi usahawan biasa, belum tentu ada yang mahu berkongsi kejayaan mereka bersama kita pendatang baru... lagipun mereka juga khuatir jika kita boleh menjadi pesaing kepada mereka suatu hari nanti.

Maka di sini, secara ringkasnya... MLM adalah satu bidang keusahawanan yang sangat sesuai untuk semua orang tanpa mengira latar belakang pendidikan dan ekonomi. Saya sendiri juga adalah seorang graduan baru semasa mula-mula menjinakkan diri dengan MLM. Pada masa itu, saya tidak mempunyai haluan dengan pekerjaan yang tetap. Sempat juga menjadi guru di sekolah swasta selama 2 tahun sebelum membuat keputusan untuk menceburi bidang MLM ini secara sepenuh masa. Hari ini sudah menjangkau 13 tahun saya bersama CNI. Sungguh bangga rasanya menjadi usahawan CNI... dan saya tidak pernah menyesal dengan keputusan yang dibuat sejak 13 tahun yang lalu. Semoga para pembaca blog saya juga sedar bahawa menjadi usahawan MLM CNI juga merupakan suatu kerjaya yang boleh menjamin masa depan anda dan juga keluarga. Memang terbukti hari ini bahawa ramai usahawan MLM mempunyai taraf hidup lebih baik dari mereka yang bertungkus lumus sebagai pekerja kepada majikan mereka.

3 ulasan:

Max berkata...

Bravo saudara Roslan Abdullah, CNI the best...!! Saya juga seorang usahawan CNI, baru nak berjinak-jinak. Semoga mendapat tunjuk ajar...

Author berkata...

Hai Maxmillian..
Selamat datang ke Blog saya. Anda boleh belajar macam2 di sini termasuklah isi kandungan website saya. Semoga anda capat mahir dan cepat berjaya. Tahun ini 2008 akan lahir seorang lagi Jutawan baru yang namanya mirip nama saudara iaitu McMillian dari Kuching, Sarawak.

Tanpa Nama berkata...

U r the best Roslan...
Saya juga seorang usahawan CNI yang sekian lama menyepi... dengan membaca blog bos, semangat rasa bangkit kembali... dan saya berusaha untuk memperbaiki diri ini...

See u at the top!!!