22 April, 2008

DSAM

DSAM merupakan suatu badan pertubuhan atau persatuan yang ditubuhkan bertujuan untuk menjaga kepentingan syarikat jualan langsung, pengedar jualan langsung dan masyarakat di Malaysia. Ianya juga merupakan ahli gabungan kepada Pertubuhan Jualan Langsung Seluruh Dunia yang berpengkalan di USA. Kepentingan utama adalah dari segi etika didalam menjalankan perniagaan dan cara pengembangan rangkaian supaya tidak ada pihak yang menipu dan juga kena tipu. Kebelakangan ini sangat banyak skim-skim yang berbentuk binary dan skim cepat kaya yang berselindung disebalik jualan langsung... sedangkan mereka sebenarnya adalah bersifat "money games" iaitu keuntungan adalah berdasarkan kepada keahlian dengan mengutip deposit yang banyak tetapi diberikan produk yang tidak setimpal dengan harga. Begitu juga... ada yang memaksa pelanggan mereka membuat pinjaman bank dalam jumlah yang banyak untuk menyertainya. Manakala Sistem Binary pula hanya mensyaratkan mencari hanya 2 downline sahaja. Sedangkan kita sepatutnya bebas untuk mencari seberapa banyak downline yang kita mampu dan tidah seharusnya dibataskan kepada 2 sahaja dan kemudian memerluka "pairing" ataupun pasangan yang seimbang.

Untuk pengetahuan para pembaca, syarikat-syarikat sebegini dan juga termasuk "gores dan menang" pada kebiasaannya adalah bukan ahli kepada DSAM.

Perkara penting bila mereka datang berjumpa kita, pastikan dahulu adakah syarikat yang mereka bawa itu ahli kepada DSAM atau tidak ? Jika tidak daftar, maka anda harus berhati-hati untuk berurusan dengannya.

Tiada ulasan: