Saya yakin dan pasti anda semua telah pun membaca serta memahami artikel-artikel di atas. Panduan memilih syarikat MLM, pengertian MLM yang sebenar dan banyak lagi fakta-fakta yang disampaikan oleh 'otai MLM' kita, MDAM Roslan Abdullah.
Apa yang saya hairankan ialah; walaupun sudah di bagi panduan dan penerangan, masih ramai lagi kawan-kawan atau saudara-mara kita yang buat-buat tak tahu tentang konsep perniagaan MLM yang sebenar.
Apa yang saya maksudkan ialah 'Golongan Pejuang MLM yang suka Lompat Katak' !!
Mereka ni sebenanya memang dah lama menggiatkan diri di dalam perniagaan MLM ni..tetapi amalan berpindah syarikat semeamangnya dah jadi hobi mereka. 'Kerja sambilan' yang mereka lakukan ialah memburuk-burukkan syarikat lama mereka. Dan ada juga segelintir golongan 'pejuang MLM' ini dah menyertai berpuluh-puluh syarikat MLM, tetapi sampai mati tak nak join CNI..banyak alasan yang mereka buat dan propagandakan mengenai syarikat CNI !!
Biarlah kali ini saya menulis bukan mengenai prospek 'fresh' yang tak nak join MLM. Tetapi kali ni saya nak bincang sikit pasal golongan yang seudah join MLM tetapi tak nak join syarikat yang dah terbukti !! Dia orang cakap, dia orang tetap nak challenge atau compete dengan syarikat CNI !!..Hairan!!
Persaingan juga wujud dan sangat perlu dalam perniagaan MLM ini tetapi tidak lah tinggi sangat arus nya berbanding perniagaan yang lain. Kalau saya; saya cuma akan compete dengan situasi atau dalam keadaan yang betul (bertempat). Sememangnya tak salah kalau nak bersaing, tetapi biarlah dengan cara yang betul. Kita bukan berniaga 'kampung' atau budak-budak yang baru belajar berniaga..
Banyak kenyataan yang orang buat tentang bisnes CNI ni ;
- CNI ni dah lama sangat/lapuk : Memang betul..dah nak masuk 19 tahun dah umur CNI ni..tapi dah melahirkan lebih 50 orang intan jutawan/ pemenang tabung insentif rumah, lebih 500 orang pemenang tabung kereta, ribuan orang pemenang insentif pelancongan ke luar negara, puluhan ribu orang penerima bonus bulanan dan ratusan ribu orang menikmati pelbagai kemudahan bersama syarikat CNI termasuklah diskaun barangan yang sangat luarbiasa! Di antara syarikat yang terbaik; malahan terbukti !!
- CNI ni lambat !! : Kalau anda join mana-mana syarikat hari ni; dan esok anda terus dapat bonus, saya yakin dan pasti syarikat yang anda join tu bukan lah MLM sebenar..itu skim cepat kaya atau skim pelaburan internet ! Dan perniagaan yang 'cepat dapat bonus' seperti ini; cepat juga penutupannya !! Maksud saya, syarikat seperti ini mengamalkan konsep " cepat dapat, cepat-cepat blah !!" Jadi, kalau nak sertai perniagaan MLM, jangan ukur dari segi cepat dan lambat, pilih lah yang terbukti praktikal. Kalau dalam konsep pekerjaan, saya rasa juga tiada yang cepat. Kerja hari ni, hujung bulan baru dapat gaji. Ada pun yang dapat gaji harian, saya yakin tiada yang bekerja sehari, terus dapat gaji lumayan rm1000 terus adapat sebelum balik kerja petang tu..itu belum kira proses-proses nak dapatkan perkerjaan tu lagi..nak kena sekolah tadika dulu, kemudian sekolah rendah,menengah..masuk ipt..kemuadian ambik post penganggur dulu..baru dapat kerja..itu pun kena tunggu sebulan kerja baru dapat gaji..mana satu yang lambat?CNI? Kalau tak kerja, bos takkan bagi gaji..
Bagi saya, cukup lah setakat ni. Saya akan hadiahkan kepada anda beberapa perbincangan mengenai syarikat MLM pada lain hari. Yang penting; hidup anda sekarang menuju ke arah perubahan yang positif. Jangan hilang fokus dan suka tukar-tukar syarikat. Syarikat MLM ada beratus-ratus di Malaysia ni..Lain lah anda yakin umur anda boleh mencecah sehingga 400 tahun..Saudara sekalian,BUAT YANG TERBAIK kerana HIDUP CUMA SEKALI !!