14 Jun, 2008

Pilihlah syarikat MLM yang betul...

MLM adalah merupakan salah satu sistem Jualan Langsung yang ada di Malaysia hari ini. Jumlah syarikat Jualan Langsung yang ada di Malaysia sehingga hari ini ialah sebanyak 640 buah syarikat, manakala yang menjalankan sistem perniagaan secara MLM ialah sebanyak 418 buah sahaja. Oleh itu, pastikan kita harus tahu antara syarikat yang mengamalkan sistem MLM ataupun tidak.

Di dalam memilih syarikat MLM untuk dijadikan kerjaya pilihan, maka ada beberapa kriteria harus diambil kira iaitu dari segi pendaftaran syarikat tersebut dengan pihak berkuasa Malaysia.
Antaranya ialah:-
1. Berdaftar dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).
2. Berdaftar dengan KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Malaysia)
3. Berdaftar dengan DSAM (Persatuan Jualan Langsung Malaysia)

Pendaftaran dengan pihak-pihak di atas adalah amat penting terutamanya dengan DSAM, kerana DSAM adalah satu badan yang ditubuhkan khas untk memastikan setiap syarikat Jualan Langsung yang berdaftar agar mengamalkan cara perniagaan yang beretika. Dengan ertikata lain ialah tidak melibatkan unsur-unsur paksaan dan penipuan terhadap pengguna dan orang ramai.

Sebagai MLM tulen pula, kebiasaannya pendaftaran keahlian adalah tidak melebihi RM100.00 dan faedah yang diperolehi oleh seseorang pengedar atau usahawan adalah berdasarkan kepada penjualan barangan. Sekiranya seseorang usahawan itu memperolehi faedah melalui penajaan, maka ini sudah dikira bukan MLM yang tulen bahkan lebih mirip kepada permainan wang (money games). Tujuan penajaan di dalam MLM adalah untuk mengembangkan rangkaian perniagaan supaya jumlah jualan kumpulan menjadi lebih besar agar komisyen kepemimpinan kumpulan menjadi lebih banyak. Berbanding dengan money games, mereka menaja untuk mendapat duit yang banyak daripada penajaan.

Selain dari itu, ada lagi beberapa kriteria penting yang patut kita perhalusi di dalam membuat keputusan untuk menyertai sesuatu syarikat MLM. Bahagian ini saya akan menuliskannya kemudian.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

boleh tak saya meminta kebenaran untuk mengambil sedikit maklumat disini untuk pengetahuan sendiri dan bakal downline. terima kasih

Author berkata...

Maklumat boleh ambil tapi jangan jadikannya sebagai hakcipta sendiri. Asalkan untuk kebaikan anda dan CNI, semuanya boleh. TQ