28 Mac, 2008

Pinjaman TEKUN untuk usahawan CNI.


Syabas dan tahniah untuk CNI kerana mendapat kepercayaan pihak kerajaan dalam melahirkan usahawan-usahawan bumiputera. Mulai hari ini, semua usahawan bumiputera akan diberikan pinjaman TEKUN sehingga RM20,000.00. Manakala pinjaman asas adalah sebanyak RM5,000.00 tanpa syarat samada anda blacklist atau pun bankrupsi. Tidak perlu penjamin. Dana ini khas untuk membangunkan usahawan bumiputera. Sila ambil peluang ini segera dengan berjumpa leader-leader anda iaitu MDAM-MDAM anda.
Bersiap-sedialah dari sekarang untuk memasuki era baru perniagaan MLM dengan sokongan penuh dari kerajaan.

04 Februari, 2008

Apa Beza MLM, Binary dan Pyramid Skim ?

Jualan Langsung sememangnya banyak jenis iaitu ada yang single level, melalui pos dan terus jumpa pelanggan. Tapi yang paling popular memberi kejayaan adalah MLM iaitu Multi-Level-Marketing (Berbagai Peringkat).
Beza utama dengan Skim Binari dan Piramid adalah seperti di bawah, sila klik:-

1. Multi-Level-Marketing;
2.Binary Sistem;
3. Skim Piramid.

Rahsia Kejayaan Kekal Dalam MLM

Ramai juga di antara usahawan MLM yang menempuh berbagai cabaran dan tak kurang juga yang masuk keluar samada MLM yang sama atau syarikat yang lain/baru.
Untuk pengetahuan anda, salah satu rahsia kejayaan yang kekal adalah DUPLIKASI. Sekiranya kita dapat menduplikasi 100% kaedah pengamalan MLM seperti :-
1.Menjadi pengguna setia 100%;
2.Mengembangkan kumpulan kepada pengguna 100% yang baru;
3.Memastikan aliran produk secara berterusan dan
4.Memastikan sistem kitarannya sentiasa lengkap.
Dengan 4 keadaan di atas, maka kejayaan kita adalah sentiasa meningkat dan ianya akan sentiasa kekal dan berkembang. Untuk mencapai tahap tertinggi, kita haruslah sentiasa tekun, sabar dan ikhlas dalam segala gerak kerja sebagai usahawan MLM.

05 Disember, 2007

Kenapa Makanan Kesihatan ?

Kita harus mengetahui terlebih dahulu tentang kronologi pemakanan iaitu sejarah dan tujuan / matlamat mengambil makanan serta kesannya kepada kita selepas itu. Secara dasarnya, tujuan makan adalah untuk meneruskan kehidupan... tapi, akhirnya manusia mati disebabkan oleh penyakit yang berpunca dari makanan. Secara kronologinya, makanan kesihatan adalah merupakan makanan generasi ke-3.

1. Generasi 1=Makanan Primer (terus diambil seperti manusia purba - memburu dan makan / bakar). Daripada pengambilan ini, akhirnya manusia mati disebabkan kuman yang terdapat dalam makanan.

2. Generasi ke-2=Makanan Sekunder (makanan diproses dan diadun... ditambah perasa dan pewarna untuk lebih enak dan lazat). Daripada pengambilan ini, akhirnya manusia mati... bukan disebabkan kuman tetapi bahan-bahan tambahan tadi seperti MSG, gula, garam, minyak, lemak dan seumpamanya yang menyebabkan kanser, kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya.

3. Generasi ke-3=Makanan Tertier (makanan diekstrak daripada pati tumbuhan dan herba serta sumber-sumber semulajadi daripada lebah dan ikan). Daripada pengambilan ini... sudahlah pasti manusia betul-betul dapat mencapai objektif makan yang sebenar iaitu untuk meneruskan kehidupan. Dengan makanan kesihatan, bukan sahaja dapat memanjangkan usia tetapi menyihatkan si pengamalnya sendiri. Jika kita ada penyakit, ianya dapat membantu menyihatkan kita kembali. Jika kita sihat pun, kemungkinan besar kita terus sihat dan dapat dihindarkan daripada penyakit.

04 Disember, 2007

Kata-kata MUTIARA Bijak Pandai 2.

~Mengkritik apa yang ada di sekeliling kita adalah salah satu tindakan yang bodoh jika kita lakukan.
~Sekarang adalah masa terbaik untuk berbuat sesuatu. Jika anda menunggu masa terbaik untuk melakukannya, anda akan kecewa. Semua keputusan yang hebat dan bersejarah itu dibuat tanpa maklumat menyeluruh. Ini kerana sejarah dicipta tanpa menunggu inspirasi. Peringatan bahawa masa yang terbaik adalah SEKARANG...
~Kelulusan sarjana yang terpenting sekali ialah BKS @ B.Ks (Buat Kerja Sekarang) telah menjadikan seseorang biasa menjadi luar biasa lebih daripada segulung Ijazah. Sikap semulajadi MK (Menangguh Kerja) telah menyebabkan seseorang mendapat segala macam penyakit seperti bodoh, kekurangan peluang dan kekurangan wang.

Proses Menaiktaraf Diri & Keluarga.

Sebenarnya menyertai dan berusaha di CNI adalah merupakan suatu proses menaiktaraf diri dan keluarga ke arah yang lebih baik dan sejahtera. Di dalam proses menuju kejayaan ini, berbagai-bagai aktiviti berkaitan terpaksa kita buat seperti meeting, kursus SNP, AMS, GDS dan macam-macam lagi seperti dalam sistem BES (Business Education CNI). Maka banyak jugalah perkara yang kita rasa tidak selesa seperti hubungan dengan keluarga / pasangan, tambahan kos, pengorbanan masa dan tenaga serta macam-macam lagi.
Perkara ketidakselesaan ini sebenarnya adalah perkara biasa seperti mana orang menaiktaraf jalanraya juga... yang mana kita sentiasa jumpa KERJA-KERJA MENAIKTARAF SEDANG DIJALANKAN -
KESULITAN AMAT DIKESALI... DEMI KESENANGAN HARI ESOK !
Begitu juga dalam usaha CNI... jika anda boleh beritahu pada diri sendiri dan keluarga tentang perkara ini maka mereka akan lebih memahami proses yang sedang berlaku terhadap anda. Iaitu demi kesenangan hari esok.

30 Oktober, 2007

Kata-kata Mutiara Bijak Pandai..

~Hanya manusia satu-satunya ciptaan Tuhan yang boleh merubah nasibnya sendiri.

~Tuhan mencipta tetapi Dia memberi manusia kuasa untuk membentuk kehidupan dan kejayaan. Pelajaran psikologi yang berguna : Kita boleh merubah nasib dengan merubah cara pemikiran kita.

~Berjuta orang telah dapat merubah diri dari lemah menjadi cekal, penakut menjadi berani, malas kepada rajin, berdosa kepada berbakti, tidak berguna kepada srikandi dan dari MISKIN menjadi KAYA.

~Jangan selalu menunggu sehingga ada mood @ semangat untuk memulakan sesuatu perkara. Kita perlu menentukan mood kita sendiri. Bagaimana ? Dengan terus melakukannya walaupun apa jua. Ilham jarang mengerahkan tindakan tetapi tindakan sentiasa memberi ilham.

www.mycni2u.com 2007