21 Mac, 2011

Pemasaran Affiliate

Inilah yang hangat dibualkan sebagai Affiliate. Ya! Pemasaran Affiliate, ia bukan suatu model bisnes yang baru, tapi ia telah lama diketahui oleh masyarakat antarabangsa di luar sana… Tapi di negara kita Malaysia, masih ramai yang tidak tahu apa itu Affiliate? Betul tak?


Jika anda salah seorang daripada mereka yang masih belum mengetahui apa sebenarnya affiliate ini, atau anda belum pernah pun mendengar istilah affiliate ini… Tak mengapa, mari saya terangkan dengan jelas kepada anda..

Pemasaran affiliate adalah perjanjian antara si penjual (pemilik produk) dengan affiliate (anda), di mana penjual tersebut akan membayar komisyen untuk jualan yang dihasilkan melalui usaha yang dilakukan oleh affiliate iaitu anda untuk mempromosikan produk-produk si penjual tadi.

Untuk lebih mudah Faham, ia adalah seperti ini ...


  1. Anda menyertai program affiliate melalui proses pendaftaran mereka. (Percuma sahaja)

  2. Anda akan diberi pautan (link) affiliate yang unik.

  3. Anda mempromosikan pautan affiliate tersebut dalam pelbagai cara. ( saya akan terangkan lebih lanjut tentang ini nanti)

  4. Anda mendapatkan komisyen jika ada yang membuat pembelian hasil daripada melalui promosi anda.


Secara kesimpulannya, dalam Pemasaran Affiliate ini, anda hanya perlu promosikan "pautan afiliate" anda.. dan anda memenuhkan akaun bank anda dengan hasil komisyen apabila pengunjung / pelawat klik pada pautan affiliate tersebut dan mereka membeli produk yang dipromosikan itu.


Contohnya begini...

Anda promosikan satu produk affiliate yang bernilai RM 100, dan komisyen yang dijanjikan oleh pemilik produk jika anda berjaya menghasilkan jualan adalah RM50, iaitu 50% daripada harga asal produk tersebut.. Bayangkan jika anda menghasilkan 10 jualan melalui promosi produk tersebut, anda sudah boleh mendapat komisyen sebanyak RM500. Itu jika 10 jualan, jika 20 jualan? Anda sudah dapat RM1000 sebagai komisyen! Lumayan bukan?

Jika berminat dengan sistem affliate CNI, sila ke http://affiliate.cni.net.my

02 Oktober, 2010

29 Ogos, 2010

Sistem Pemasaran Online.

Hari ini kemudahan internet di Malaysia semakin mudah dan meluas. Sepertimana trend semasa pemasaran global, sistem pemasaran secara online tempatan juga mulai mendapat tempat dan menjadi kegilaan golongan generasi baru. Dengan pendedahan dan peningkatan pengguna internet yang mendadak ini, maka seandainya kita mengambil peluang untuk melakukan perniagaan MLM kita secara online, ianya adalah sesuatu yang sangat menguntungkan.
Pemasaran online memerlukan kita tahu sistemnya dengan jelas dan jika tahu membina website, ianya adalah merupakan kelebihan istimewa.
Untuk makluman anda, sistem pemasaran online hari ini begitu canggih dengan bantuan internet yang mana kesemua produk dapat dipamerkan dengan keterangan, video, foto dan demonya sekali. Selain dari itu, sistem online juga dapat membuat tindakan susulan / follow-up secara automatik dengan menggunakan AutoResponder. Anda han ya tinggu baca email untuk menerima temapahan dan menghantar barangan melalui Pos Laju. Jika tidak mahu hantar sendiri, anda juga boleh memberi arahan agar pihak CNI yang menghantarkannya melalui alamat yang diberikan.
Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut, sila klik SINI...

08 Ogos, 2010

Networking Business

MLM sebenarnya adalah Networking Business.... iaitu sistem pemasaran yang berkonsepkan rangkaian / jaringan. Sekiranya kita gagal melakukan atau mengembangkan rangkaian kita, maka kita tidak mungkin boleh berjaya.... kecuali hanya mahu mencari untung runcit secara sambilan sahaja.
Bila menyentuh persoalan rangkaian / jaringan, maka hari ini kita telah dibantu dengan adanya internet. Tujuan internet itu sendiri adalah untuk memudahkan capaian jaringan ke seluruh dunia iaitu INTERNET = International Networking.
Maka disini, ingin saya kongsikan... sekiranya sesiapa jua yang inginkan saiz pemasaran yang besar maka mestilah menggunakan internet sebagai platform utama untuk pemasaran.
Adalah lebih bagus sekiranya kita memiliki portal, blog atau website sendiri sebagai asas kedai maya kita untuk orang ramai mengunjunginya. Tugas anda seterusnya ialah menguruskan kedai maya anda..... selebihnya memperkenalkannya kepada orang ramai samada secara online atau offline... PROMOTE ! PROMOTE ! PROMOTE !
p/s: Selepas ini saya akan kongsikan beberapa perkara penting berkaitan pemasaran secara online.

31 Januari, 2010

Win-Win-Win Situation.

MLM hari ini menjadi semakin popular dan begitu mendapat tempat dihati semua orang samada diperingkat masyarakat marhain, peniaga dan juga para pemimpin negara. Perkara ini adalah disebabkan ramai dikalangan mereka mulai memahami konsep sebenar perniagaan ini. Dahulunya ianya dipenuhi dengan rasa sangsi dan curiga disebabkan kebanyakan pengedar-pengedar MLM itu sendiri yang begitu dangkal dan terlalu ingin cepat menikmati kekayaan sehingga terlupa kepada nilai murni dan seni perniagaan MLM itu sendiri.

Sebagai sebuah entiti perniagaan, MLM itu sendiri sebenarnya didokongi oleh 3 unsur atau komponen yang utama iaitu syarikat, pengedar dan juga pengguna. Ketiga-tiga pihak ini amatlah memainkan peranan yang penting demi keabadian sesebuah organisasi MLM itu sendiri. Sekiranya salah satu pihak pincang ataupun tidak mendapat faedah yang sepatutnya ataupun tidak berpuas-hati, maka daya tahannya akan pudar dan menjadikan industri MLM itu sendiri semakin lemah dan akhirnya akan berkubur begitu sahaja.

Oleh itu, konsep win-win-win ataupun menang-menang-menang adalah tersangat penting yang mana semua pihak akan mendapat faedah yang maksimum sebagaimana yang sepatutnya. Dengan kata lain ialah syarikat mendapat keuntungan, pengedar mendapat keuntungan dan juga para pengguna berpuas-hati serta mendapat keuntungan samada secara langsung ataupun tidak langsung.

Seandainya konsep ini berjalan lancar... maka sesebuah organisasi MLM itu akan kekal bertahan sampai bila-bila dan juga pasti akan diterima oleh semua lapisan masyarakat tanpa rasa syak wasangka lagi. Dengan cara ini juga akan menjadikan syarikat MLM itu sendiri sangat berjaya, para pengedarnya juga dapat menikmati kejayaan dan yang pasti penggunanya akan tetap setia kerana berpuas hati dengan kualiti barangan dan juga ada pulangan dalam bentuk 'rebate' samada tunai ataupun baucar pembelian produk. Apatah lagi dengan peluang tersedia membolehkan pengguna bertukar menjadi usahawan pula kerana begitu percaya pada produk dan yakin dengan kejayaan-kejayaan pengedarnya.

Inilah sepatutnya yang dilakukan oleh semua syarikat-syarikat MLM yang ada di Malaysia agar semua pihak berpuas hari. Sekiranya masih ada syarikat MLM yang tidak boleh menerapkan ciri-ciri ini, sudah pastilah suatu hari nanti ia akan menghadapi masalah kerana ada pihak yang kecewa dan tidak mendapat faedah yang sepatutnya.

Kita sebagai para pengguna dan usahawan MLM, sepatutnya harus sedar dan menilai kembali sistem yang diamalkan oleh syarikat MLM yang kita ceburi agar tidak menjadi mangsa dan akhirnya kecewa suatu hari nanti. Sesungguhnya, menyesal dahulu pendapatan dan menyesal kemudian tiada gunanya. Sebelum terlambat, cuba tinjaulah keadaan syarikat MLM yang diceburi dan cubalah beri pandangan dan cadangan kepada pihak pengurusan agar perniagaan MLM anda akan terus kekal dan anda sendiri pasti beroleh kejayaan yang sebenar.

02 Januari, 2010

Selamat Tahun Baru 2010.

Selamat tahun baru semua...
Moga-moga tahun ini akan menjanjikan sejuta kerahmatan. Antara yang amat diharapkan adalah pemulihan ekonomi sepenuhnya agar segala akiviti perdagangan menjadi rancak semula. Selain itu adalah agar senario politik negara kembali stabil dan masing-masing fokus kepada ekonomi negara.

Dunia MLM juga sangat bergantung rapat dengan keadaan ekonomi semasa negara. Andainya ekonomi suram, maka kebanyakan aktiviti berkaitan MLM akan menjadi lembab kerana daya beli setiap pengguna akan menjadi semakin lemah. Selain dari itu, setiap orang tidak memikirkan kualiti barangan lagi... tetapi mereka akan mencari yang murah harganya. Tapi, percayalah.. sekiranya ekonomi setiap keluarga mulai stabil, maka mereka akan mencari barangan yang lebih berkualiti dan bersedia untuk melanggani barangan jualan kita kembali.

Para usahawan MLM,
Bersiap-sedialah dari sekarang kerana momentum pemulihan ekonomi sudah mulai terasa kini... yang pasti, tahun 2010 ini akan menaikkan semula perniagaan yang lembab dan terbantut sebelum ini.

22 Oktober, 2009

Perkhidmatan / Servis Selepas Jualan.

Antara unsur yang paling penting didalam memanjangkan hayat perniagaan kita adalah servis selepas jualan.
Ramai dikalangan usahawan MLM agak kurang menekankan faktor ini. Sebenarnya, servis selepas jualan adalah merupakan nadi utama dalam mengekalkan dan menambahkan jualan dan kejayaan kita di dalam industri MLM. Sekiranya kita menganggap perniagaan kita adalah suatu bidang keusahawanan untuk jangka panjang, maka haruslah mengambil berat soal servis terhadap para pelanggan dan juga "downline-downline" kita.
Antara servis yang patut diberikan ialah:
1. Bertanya pelanggan kembali tentang kepuasan penggunaan produk kita;
2. Dapatkan "feedback" tentang produk yang digunakan;
3. Membantu pelanggan untuk mendapatkan kebaikan produk secara maksimum;
4. Datang berjumpa pelanggan untuk pastikan jualan ulangan walaupun sudah menjadi ahli;
5. Sering bertanya khabar tentang kesihatan ahli keluarganya;
6. Bersedia untuk menghantar pesanannya bila-bila masa walaupun sudah jadi ahli;
7. Tunjukkan kepada pelanggan tentang "feedback" daripada pelanggan kita yang lain;
8. Berikan risalah-risalah berkaitan supaya pelanggan / downline kita senang menyebarkan berita baik kepada sahabat handainya;
9. Sering melawat pelanggan kita untuk merapatkan hubungan mesra agar mereka yakin dengan kita serta produk-produk kita.. akhirnya mengekalkan hubungan perniagaan jangka panjang;
10. Pastikan pelanggan sentiasa berpuas hati setiap kali kita berpisah dengan mereka untuk pulang;
11. Apabila mereka berpuas hati, maka wujudlah suatu peluang lagi untuk memperkenalkan produk yang seterusnya kepada mereka... ataupun kita boleh terus menaja mereka menjadi downline kita.
Ini hanya panduan kasar tentang servis yang patut diberikan oleh seseorang usahawan MLM.
Apa yang sering saya perhatikan, ramai usahawan yang gagal dalam bidang MLM adalah disebabkan tidak mengamalkan servis yang baik. Kebanyakan dari mereka hanya berjumpa untuk menjual sekali sahaja, kemudian ditinggalkan begitu sahaja. Begitu juga apabila mereka menaja seseorang... selepas ditaja, kebanyakan usahawan MLM ini mengharapkan tajaan mereka akan pergi sendiri ke stokis untuk membeli barangan. Selain dari itu, masyarakat juga banyak yang curiga dengan pengedar-pengedar MLM disebabkan perkara ini. Mereka takut jika "join" atau beli, maka mereka akan ditinggalkan dan dibiarkan begitu sahaja. Sebenarnya, keadaan inilah yang menyebabkan seseorang usahawan MLM tidak berjaya dalam sesebuah syarikat. Mungkin disebabkan mereka tidak pernah melibatkan diri dalam bidang keusahawanan ataupun keadaan yang sama juga dilakukan oleh "upline" terhadap mereka. Sebenarnya, jika kita benar-benar ingin berjaya, kita haruslah bijak belajar dan tidaklah bergantung kepada "upline" semata-mata.
Ingat... di Malaysia terdapat banyak syarikat-syarikat MLM samada yang lama atau yang baru. Ini bermakna kita sentiasa bersaing.... selain itu kita juga bersaing sesama kita di dalam syarikat MLM yang sama. Sekiranya kita tidak boleh memberikan servis yang baik, maka ada pihak lain yang sentiasa bersedia untuk memberikan servis yang lebih baik. Janganlah kita menyesal dikemudian hari mengatakan sianu bin sianu telah curi pelanggan dan "downline" kita. Cuba cermin diri dan bertanya kembali... sepanjang dia menjadi pelanggan kita, apakah kita telah memberikan servis yang terbaik ?
Semoga dengan tips ringkas ini akan membantu para usahawan MLM untuk membaiki kelemahan diri dan seterusnya meningkatkan prestasi kejayaan dimasa akan datang. Harus diingati bahawa cabaran sentiasa ada di mana-mana. Yang penting, kita harus mengenal kelemahan diri dan terus memperbaikinya dan tidak akan mengulanginya lagi. Elakkan menghadapi cabaran yang sama setiap masa... tetapi bersedia dengan cabaran yang baru dan juga bersiap-sedia untuk mengatasinya.
Orang yang berjaya bukannya orang yang bebas dari cabaran... tetapi mereka adalah merupakan orang yang sentiasa dapat mengatasi segala cabaran yang dihadapi dalam masa yang pantas.