27 Mac, 2011

Pemasaran Email

Apa yang dimaksudkan dengan Pemasaran Emel ?

Apabila kita bercakap tentang pemasaran emel, terbayang di kepala tentang begitu banyak cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pemilik-pemilik bisnes. Hakikatnya, sama seperti lain-lain strategi pemasaran, terdapat kelebihan dan kelemahan dalam progress pemasaran emel yang perlu diharungi.

Pemasaran emel ialah penggunaan ‘electronic mail’ atau kemudahan emel untuk mencapai prospek atau pembaca di seluruh dunia bagi tujuan promosi produk atau servis. Dengan ringkas, ianya adalah pemasaran melalui emel. Pemasaran emel juga mempunyai potensi untuk menjadi satu teknik pemasaran yang sangat relevan kerana ianya dikenali sebagai satu proses bertukar maklumat dan respon di antara pemilik bisnes dan pelanggan.

Pemasaran emel juga tidak terkecuali daripada mendapat persepsi negatif dari masyarakat. Ramai juga pemilik emel yang merasa kurang selesa dengan pemasaran emel yang kemudiannya mengategorikan emel-emel komersial itu sebagai spam. Bagaimanapun, sekarang ini para pengguna Internet mempunyai pilihan untuk menetapkan emel jenis apakah yang mereka ingin terima di inbox mereka.

Pengertian alternatif bagi pemasaran emel ialah apabila sesebuah syarikat atau pemilik bisnes yang menggunakan emel untuk mengekalkan hubungan dengan pelanggan. Semua ini dilakukan dengan niat untuk terus ‘menambat’ pelanggan tersebut dan menjadikannya sebagai pelanggan setia mereka.

Pemasaran emel, mengikut mana-mana definisi, adalah menuntut kesetiaan dan naungan. Jika pemasaran emel digunakan terhadap klien yang berpotensi untuk menjadi pelanggan, maka peranan yang harus dimainkan oleh strategi itu ialah cuba untuk mengubah klien tersebut kepada pelanggan. Jika klien yang sedia ada sentiasa menerima tawaran-tawaran atau maklumat-maklumat yang berguna maka dia akan terus tetap bersama bisnes tersebut.

Bagaimanapun, dengan pemasaran emel, adalah penting untuk anda mengetahui apakah hak dan had yang wujud di dalamnya. Ada sesetengah tempat atau negara yang menggubal undang-undang memerangi penggunaan emel untuk pemasaran, ada sesetengah yang lain pula menggalakkannya.

Jika pelanggan itu menerima emel dari syarikat atau pemilik bisnes yang memang sudah dikenalinya atau pernah berurusan dengannya maka itu tidak menjadi satu kesalahan. Bahkan biasanya apabila pelanggan itu berpuas hati atau suka dengan perkhidmatan sesebuah syarikat atau seseorang pengusaha itu maka dia akan menerima ketibaan emel-emel mereka dengan senang hati.

Disebabkan inilah maka beberapa langkah yang penting perlu diambil oleh mana-mana pihak yang mahu menggunakan strategi pemasaran emel ini:

1. Integriti Kandungan – Penggubalan undang-undang yang tegas terhadap pemasaran emel dan pemasaran umumnya, biasanya disebabkan oleh kandungan yang digunakan dalam strategi pemasaran itu sendiri. Maka adalah merupakan satu perkara yang sangat penting untuk memastikan kandungan emel yang digunakan untuk tujuan promosi itu memiliki integritinya sendiri. Ini bermaksud penghantar menyertakan maklumat mereka dengan lengkap supaya penerima mengetahui siapa yang menghantar emel kepada mereka.

2. Persetujuan yang Jelas – Adalah penting bagi penghantar emel itu mengetahui bahawa pelanggannya sudah bersedia dan mahu menerima emel-emel dari mereka. Untuk itu adalah wajar mereka sentiasa mengemaskini list emel untuk mengetahui siapa di antara pelanggan itu yang setia dan sebaliknya.

3. Keagresifan Kandungan – Walaupun penghantar emel itu ingin menjadikan strategi pemasaran emel mereka agresif, adalah merupakan satu perkara penting untuk mereka menyeimbangkan antara tujuan mereka dan hak-hak penerima emel. Penghantar emel haruslah menggunakan baris subjek yang berkaitan dengan kandungan emel, menggunakan alamat emel yang sah dan membuat persetujuan dengan para pelanggan untuk menghantar emel-emel promosi di masa hadapan.

Pemasaran emel terkenal disebabkan oleh kos efektif dan kemampuannya untuk mempromosikan produk atau servis ke serata dunia. Bagaimanapun, para pemilik bisnes hendaklah sanggup ‘berperang’ dengan masalah spam dan tahu bagaimanakah cara untuk mempengaruhi para prospek membuka dan membaca emel-emel mereka, demi untuk hasil perniagaan yang lebih baik.

21 Mac, 2011

Pemasaran Affiliate

Inilah yang hangat dibualkan sebagai Affiliate. Ya! Pemasaran Affiliate, ia bukan suatu model bisnes yang baru, tapi ia telah lama diketahui oleh masyarakat antarabangsa di luar sana… Tapi di negara kita Malaysia, masih ramai yang tidak tahu apa itu Affiliate? Betul tak?


Jika anda salah seorang daripada mereka yang masih belum mengetahui apa sebenarnya affiliate ini, atau anda belum pernah pun mendengar istilah affiliate ini… Tak mengapa, mari saya terangkan dengan jelas kepada anda..

Pemasaran affiliate adalah perjanjian antara si penjual (pemilik produk) dengan affiliate (anda), di mana penjual tersebut akan membayar komisyen untuk jualan yang dihasilkan melalui usaha yang dilakukan oleh affiliate iaitu anda untuk mempromosikan produk-produk si penjual tadi.

Untuk lebih mudah Faham, ia adalah seperti ini ...


  1. Anda menyertai program affiliate melalui proses pendaftaran mereka. (Percuma sahaja)

  2. Anda akan diberi pautan (link) affiliate yang unik.

  3. Anda mempromosikan pautan affiliate tersebut dalam pelbagai cara. ( saya akan terangkan lebih lanjut tentang ini nanti)

  4. Anda mendapatkan komisyen jika ada yang membuat pembelian hasil daripada melalui promosi anda.


Secara kesimpulannya, dalam Pemasaran Affiliate ini, anda hanya perlu promosikan "pautan afiliate" anda.. dan anda memenuhkan akaun bank anda dengan hasil komisyen apabila pengunjung / pelawat klik pada pautan affiliate tersebut dan mereka membeli produk yang dipromosikan itu.


Contohnya begini...

Anda promosikan satu produk affiliate yang bernilai RM 100, dan komisyen yang dijanjikan oleh pemilik produk jika anda berjaya menghasilkan jualan adalah RM50, iaitu 50% daripada harga asal produk tersebut.. Bayangkan jika anda menghasilkan 10 jualan melalui promosi produk tersebut, anda sudah boleh mendapat komisyen sebanyak RM500. Itu jika 10 jualan, jika 20 jualan? Anda sudah dapat RM1000 sebagai komisyen! Lumayan bukan?

Jika berminat dengan sistem affliate CNI, sila ke http://affiliate.cni.net.my

02 Oktober, 2010

29 Ogos, 2010

Sistem Pemasaran Online.

Hari ini kemudahan internet di Malaysia semakin mudah dan meluas. Sepertimana trend semasa pemasaran global, sistem pemasaran secara online tempatan juga mulai mendapat tempat dan menjadi kegilaan golongan generasi baru. Dengan pendedahan dan peningkatan pengguna internet yang mendadak ini, maka seandainya kita mengambil peluang untuk melakukan perniagaan MLM kita secara online, ianya adalah sesuatu yang sangat menguntungkan.
Pemasaran online memerlukan kita tahu sistemnya dengan jelas dan jika tahu membina website, ianya adalah merupakan kelebihan istimewa.
Untuk makluman anda, sistem pemasaran online hari ini begitu canggih dengan bantuan internet yang mana kesemua produk dapat dipamerkan dengan keterangan, video, foto dan demonya sekali. Selain dari itu, sistem online juga dapat membuat tindakan susulan / follow-up secara automatik dengan menggunakan AutoResponder. Anda han ya tinggu baca email untuk menerima temapahan dan menghantar barangan melalui Pos Laju. Jika tidak mahu hantar sendiri, anda juga boleh memberi arahan agar pihak CNI yang menghantarkannya melalui alamat yang diberikan.
Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut, sila klik SINI...

08 Ogos, 2010

Networking Business

MLM sebenarnya adalah Networking Business.... iaitu sistem pemasaran yang berkonsepkan rangkaian / jaringan. Sekiranya kita gagal melakukan atau mengembangkan rangkaian kita, maka kita tidak mungkin boleh berjaya.... kecuali hanya mahu mencari untung runcit secara sambilan sahaja.
Bila menyentuh persoalan rangkaian / jaringan, maka hari ini kita telah dibantu dengan adanya internet. Tujuan internet itu sendiri adalah untuk memudahkan capaian jaringan ke seluruh dunia iaitu INTERNET = International Networking.
Maka disini, ingin saya kongsikan... sekiranya sesiapa jua yang inginkan saiz pemasaran yang besar maka mestilah menggunakan internet sebagai platform utama untuk pemasaran.
Adalah lebih bagus sekiranya kita memiliki portal, blog atau website sendiri sebagai asas kedai maya kita untuk orang ramai mengunjunginya. Tugas anda seterusnya ialah menguruskan kedai maya anda..... selebihnya memperkenalkannya kepada orang ramai samada secara online atau offline... PROMOTE ! PROMOTE ! PROMOTE !
p/s: Selepas ini saya akan kongsikan beberapa perkara penting berkaitan pemasaran secara online.

31 Januari, 2010

Win-Win-Win Situation.

MLM hari ini menjadi semakin popular dan begitu mendapat tempat dihati semua orang samada diperingkat masyarakat marhain, peniaga dan juga para pemimpin negara. Perkara ini adalah disebabkan ramai dikalangan mereka mulai memahami konsep sebenar perniagaan ini. Dahulunya ianya dipenuhi dengan rasa sangsi dan curiga disebabkan kebanyakan pengedar-pengedar MLM itu sendiri yang begitu dangkal dan terlalu ingin cepat menikmati kekayaan sehingga terlupa kepada nilai murni dan seni perniagaan MLM itu sendiri.

Sebagai sebuah entiti perniagaan, MLM itu sendiri sebenarnya didokongi oleh 3 unsur atau komponen yang utama iaitu syarikat, pengedar dan juga pengguna. Ketiga-tiga pihak ini amatlah memainkan peranan yang penting demi keabadian sesebuah organisasi MLM itu sendiri. Sekiranya salah satu pihak pincang ataupun tidak mendapat faedah yang sepatutnya ataupun tidak berpuas-hati, maka daya tahannya akan pudar dan menjadikan industri MLM itu sendiri semakin lemah dan akhirnya akan berkubur begitu sahaja.

Oleh itu, konsep win-win-win ataupun menang-menang-menang adalah tersangat penting yang mana semua pihak akan mendapat faedah yang maksimum sebagaimana yang sepatutnya. Dengan kata lain ialah syarikat mendapat keuntungan, pengedar mendapat keuntungan dan juga para pengguna berpuas-hati serta mendapat keuntungan samada secara langsung ataupun tidak langsung.

Seandainya konsep ini berjalan lancar... maka sesebuah organisasi MLM itu akan kekal bertahan sampai bila-bila dan juga pasti akan diterima oleh semua lapisan masyarakat tanpa rasa syak wasangka lagi. Dengan cara ini juga akan menjadikan syarikat MLM itu sendiri sangat berjaya, para pengedarnya juga dapat menikmati kejayaan dan yang pasti penggunanya akan tetap setia kerana berpuas hati dengan kualiti barangan dan juga ada pulangan dalam bentuk 'rebate' samada tunai ataupun baucar pembelian produk. Apatah lagi dengan peluang tersedia membolehkan pengguna bertukar menjadi usahawan pula kerana begitu percaya pada produk dan yakin dengan kejayaan-kejayaan pengedarnya.

Inilah sepatutnya yang dilakukan oleh semua syarikat-syarikat MLM yang ada di Malaysia agar semua pihak berpuas hari. Sekiranya masih ada syarikat MLM yang tidak boleh menerapkan ciri-ciri ini, sudah pastilah suatu hari nanti ia akan menghadapi masalah kerana ada pihak yang kecewa dan tidak mendapat faedah yang sepatutnya.

Kita sebagai para pengguna dan usahawan MLM, sepatutnya harus sedar dan menilai kembali sistem yang diamalkan oleh syarikat MLM yang kita ceburi agar tidak menjadi mangsa dan akhirnya kecewa suatu hari nanti. Sesungguhnya, menyesal dahulu pendapatan dan menyesal kemudian tiada gunanya. Sebelum terlambat, cuba tinjaulah keadaan syarikat MLM yang diceburi dan cubalah beri pandangan dan cadangan kepada pihak pengurusan agar perniagaan MLM anda akan terus kekal dan anda sendiri pasti beroleh kejayaan yang sebenar.

02 Januari, 2010

Selamat Tahun Baru 2010.

Selamat tahun baru semua...
Moga-moga tahun ini akan menjanjikan sejuta kerahmatan. Antara yang amat diharapkan adalah pemulihan ekonomi sepenuhnya agar segala akiviti perdagangan menjadi rancak semula. Selain itu adalah agar senario politik negara kembali stabil dan masing-masing fokus kepada ekonomi negara.

Dunia MLM juga sangat bergantung rapat dengan keadaan ekonomi semasa negara. Andainya ekonomi suram, maka kebanyakan aktiviti berkaitan MLM akan menjadi lembab kerana daya beli setiap pengguna akan menjadi semakin lemah. Selain dari itu, setiap orang tidak memikirkan kualiti barangan lagi... tetapi mereka akan mencari yang murah harganya. Tapi, percayalah.. sekiranya ekonomi setiap keluarga mulai stabil, maka mereka akan mencari barangan yang lebih berkualiti dan bersedia untuk melanggani barangan jualan kita kembali.

Para usahawan MLM,
Bersiap-sedialah dari sekarang kerana momentum pemulihan ekonomi sudah mulai terasa kini... yang pasti, tahun 2010 ini akan menaikkan semula perniagaan yang lembab dan terbantut sebelum ini.