22 Oktober, 2009

Perkhidmatan / Servis Selepas Jualan.

Antara unsur yang paling penting didalam memanjangkan hayat perniagaan kita adalah servis selepas jualan.
Ramai dikalangan usahawan MLM agak kurang menekankan faktor ini. Sebenarnya, servis selepas jualan adalah merupakan nadi utama dalam mengekalkan dan menambahkan jualan dan kejayaan kita di dalam industri MLM. Sekiranya kita menganggap perniagaan kita adalah suatu bidang keusahawanan untuk jangka panjang, maka haruslah mengambil berat soal servis terhadap para pelanggan dan juga "downline-downline" kita.
Antara servis yang patut diberikan ialah:
1. Bertanya pelanggan kembali tentang kepuasan penggunaan produk kita;
2. Dapatkan "feedback" tentang produk yang digunakan;
3. Membantu pelanggan untuk mendapatkan kebaikan produk secara maksimum;
4. Datang berjumpa pelanggan untuk pastikan jualan ulangan walaupun sudah menjadi ahli;
5. Sering bertanya khabar tentang kesihatan ahli keluarganya;
6. Bersedia untuk menghantar pesanannya bila-bila masa walaupun sudah jadi ahli;
7. Tunjukkan kepada pelanggan tentang "feedback" daripada pelanggan kita yang lain;
8. Berikan risalah-risalah berkaitan supaya pelanggan / downline kita senang menyebarkan berita baik kepada sahabat handainya;
9. Sering melawat pelanggan kita untuk merapatkan hubungan mesra agar mereka yakin dengan kita serta produk-produk kita.. akhirnya mengekalkan hubungan perniagaan jangka panjang;
10. Pastikan pelanggan sentiasa berpuas hati setiap kali kita berpisah dengan mereka untuk pulang;
11. Apabila mereka berpuas hati, maka wujudlah suatu peluang lagi untuk memperkenalkan produk yang seterusnya kepada mereka... ataupun kita boleh terus menaja mereka menjadi downline kita.
Ini hanya panduan kasar tentang servis yang patut diberikan oleh seseorang usahawan MLM.
Apa yang sering saya perhatikan, ramai usahawan yang gagal dalam bidang MLM adalah disebabkan tidak mengamalkan servis yang baik. Kebanyakan dari mereka hanya berjumpa untuk menjual sekali sahaja, kemudian ditinggalkan begitu sahaja. Begitu juga apabila mereka menaja seseorang... selepas ditaja, kebanyakan usahawan MLM ini mengharapkan tajaan mereka akan pergi sendiri ke stokis untuk membeli barangan. Selain dari itu, masyarakat juga banyak yang curiga dengan pengedar-pengedar MLM disebabkan perkara ini. Mereka takut jika "join" atau beli, maka mereka akan ditinggalkan dan dibiarkan begitu sahaja. Sebenarnya, keadaan inilah yang menyebabkan seseorang usahawan MLM tidak berjaya dalam sesebuah syarikat. Mungkin disebabkan mereka tidak pernah melibatkan diri dalam bidang keusahawanan ataupun keadaan yang sama juga dilakukan oleh "upline" terhadap mereka. Sebenarnya, jika kita benar-benar ingin berjaya, kita haruslah bijak belajar dan tidaklah bergantung kepada "upline" semata-mata.
Ingat... di Malaysia terdapat banyak syarikat-syarikat MLM samada yang lama atau yang baru. Ini bermakna kita sentiasa bersaing.... selain itu kita juga bersaing sesama kita di dalam syarikat MLM yang sama. Sekiranya kita tidak boleh memberikan servis yang baik, maka ada pihak lain yang sentiasa bersedia untuk memberikan servis yang lebih baik. Janganlah kita menyesal dikemudian hari mengatakan sianu bin sianu telah curi pelanggan dan "downline" kita. Cuba cermin diri dan bertanya kembali... sepanjang dia menjadi pelanggan kita, apakah kita telah memberikan servis yang terbaik ?
Semoga dengan tips ringkas ini akan membantu para usahawan MLM untuk membaiki kelemahan diri dan seterusnya meningkatkan prestasi kejayaan dimasa akan datang. Harus diingati bahawa cabaran sentiasa ada di mana-mana. Yang penting, kita harus mengenal kelemahan diri dan terus memperbaikinya dan tidak akan mengulanginya lagi. Elakkan menghadapi cabaran yang sama setiap masa... tetapi bersedia dengan cabaran yang baru dan juga bersiap-sedia untuk mengatasinya.
Orang yang berjaya bukannya orang yang bebas dari cabaran... tetapi mereka adalah merupakan orang yang sentiasa dapat mengatasi segala cabaran yang dihadapi dalam masa yang pantas.