22 April, 2008

DSAM

DSAM merupakan suatu badan pertubuhan atau persatuan yang ditubuhkan bertujuan untuk menjaga kepentingan syarikat jualan langsung, pengedar jualan langsung dan masyarakat di Malaysia. Ianya juga merupakan ahli gabungan kepada Pertubuhan Jualan Langsung Seluruh Dunia yang berpengkalan di USA. Kepentingan utama adalah dari segi etika didalam menjalankan perniagaan dan cara pengembangan rangkaian supaya tidak ada pihak yang menipu dan juga kena tipu. Kebelakangan ini sangat banyak skim-skim yang berbentuk binary dan skim cepat kaya yang berselindung disebalik jualan langsung... sedangkan mereka sebenarnya adalah bersifat "money games" iaitu keuntungan adalah berdasarkan kepada keahlian dengan mengutip deposit yang banyak tetapi diberikan produk yang tidak setimpal dengan harga. Begitu juga... ada yang memaksa pelanggan mereka membuat pinjaman bank dalam jumlah yang banyak untuk menyertainya. Manakala Sistem Binary pula hanya mensyaratkan mencari hanya 2 downline sahaja. Sedangkan kita sepatutnya bebas untuk mencari seberapa banyak downline yang kita mampu dan tidah seharusnya dibataskan kepada 2 sahaja dan kemudian memerluka "pairing" ataupun pasangan yang seimbang.

Untuk pengetahuan para pembaca, syarikat-syarikat sebegini dan juga termasuk "gores dan menang" pada kebiasaannya adalah bukan ahli kepada DSAM.

Perkara penting bila mereka datang berjumpa kita, pastikan dahulu adakah syarikat yang mereka bawa itu ahli kepada DSAM atau tidak ? Jika tidak daftar, maka anda harus berhati-hati untuk berurusan dengannya.

07 April, 2008

MLM Kerjaya Pilihan.

Sekarang pihak kerajaan Malaysia telahpun mengisytiharkan bahawa Keusahawanan Kerjaya Pilihan. Memang benar... kerana hanya dengan menjadi usahawan sahaja seseorang itu boleh maju, sekiranya semua orang Melayu menjadi usahawan yang berjaya maka secara tidak langsung orang-orang Melayu akan maju dan juga negara kita akan maju.
Sehubungan itu, saya menekankan di sini bahawa bidang keusahawanan itu sangat banyak dan luas. Apatah lagi ianya melibatkan berbagai disiplin ilmu dan kemahiran. Andainya tidak mempunyai ilmu dan kemahiran yang spesifik, ianya pasti boleh menyebabkan seseorang individu itu gagal akhirnya.
Memang tidak syak lagi bahawa keusahawanan yang paling sesuai untuk seseorang itu adalah dunia MLM iaitu Multi-Level-Marketing. Kenapa MLM ?? Mudah saja... di Malaysia ni sangat banyak syarikat MLM samada syarikat tempatan atau syarikat asing. Yang pastinya ianya terbukti telah melahirkan ramai orang-orang yang berjaya mencapai taraf Jutawan.

Kenapa MLM sebagai kerjaya pilihan ?

Ini adalah kerana MLM ini tidak memerlukan modal yang besar sedangkan keuntungannya sangat besar. Yang penting di sini KEUNTUNGAN. Buat apa kita nak menyertai perniagaan dengan modal besar sedangkan keuntungannya tidak pasti. Lagi pun dengan MLM, segala kemahiran dan teknik perjalanan perniagaan akan diajarkan oleh penaja dan juga pihak syarikat itu sendiri. Setiap pengalaman kejayaan daripa orang-orang yang berjaya akan dikongsikan bersama-sama. Sedangkan menjadi usahawan biasa, belum tentu ada yang mahu berkongsi kejayaan mereka bersama kita pendatang baru... lagipun mereka juga khuatir jika kita boleh menjadi pesaing kepada mereka suatu hari nanti.

Maka di sini, secara ringkasnya... MLM adalah satu bidang keusahawanan yang sangat sesuai untuk semua orang tanpa mengira latar belakang pendidikan dan ekonomi. Saya sendiri juga adalah seorang graduan baru semasa mula-mula menjinakkan diri dengan MLM. Pada masa itu, saya tidak mempunyai haluan dengan pekerjaan yang tetap. Sempat juga menjadi guru di sekolah swasta selama 2 tahun sebelum membuat keputusan untuk menceburi bidang MLM ini secara sepenuh masa. Hari ini sudah menjangkau 13 tahun saya bersama CNI. Sungguh bangga rasanya menjadi usahawan CNI... dan saya tidak pernah menyesal dengan keputusan yang dibuat sejak 13 tahun yang lalu. Semoga para pembaca blog saya juga sedar bahawa menjadi usahawan MLM CNI juga merupakan suatu kerjaya yang boleh menjamin masa depan anda dan juga keluarga. Memang terbukti hari ini bahawa ramai usahawan MLM mempunyai taraf hidup lebih baik dari mereka yang bertungkus lumus sebagai pekerja kepada majikan mereka.

01 April, 2008

Modal... Bukan Penentu Kejayaan !!

Ramai orang yang menyangka bahawa dengan adanya wang modal, ianya membolehkan seseorang itu berjaya dalam perniagaan.
Sebenarnya, tidak semestinya begitu !!
Kita cuba perhatikan tentang orang-orang yang gagal di dalam perniagaan, iaitu orang-orang yang telah jatuh bankrupsi. Macamana dia boleh bankrup ? Sebenarnya seseorang itu boleh bankrup apabila dia tidak membayar hutang dengan pihak kewangan atau bank. Hutang apa ?? Biasanya hutang PINJAMAN yang nak dijadikan modal perniagaan. Jadi, maksudnya di sini sibankrup tadi telah mempunyai modal yang banyak untuk memulakan perniagaannya. Macamana pula boleh gagal ?? Fikir-fikirkan...
Jelas sekali bahawa MODAL wang bukannya penentu kejayaan seseorang. Bagi saya, sikap dan cara seseorang itu menjalankan perniagaan adalah lebih penting daripada modal wang yang besar.
Sebenarnya modal yang kita perlukan di dalam perniagaan adalah paling minimal sekali.
Andainya pihak TEKUN Nasional nak bagi sampai RM5,000.00 seorang, itu sudah dikira cukup baik. Ayuh usahawan semua, bersiaplah diri untuk suatu lonjakan baru di dalam industri MLM Malaysia. Semua orang pasti berjaya...